Jambatan Sultan Yusuf MASIH LAGI DITUTUP
Menurut satu kenyataan daripada Jabatan Kerja Raya, Jambatan Sultan Yusuf yang menghubungkan Teluk Intan dan Manjung masih lagi DITUTUP bagi tujuan penyelenggaraan.
KENYATAAN MEDIA JABATAN KERJA RAYA LANJUTAN PENUTUPAN JAMBATAN SULTAN YUSUF DI FT005 SABAK BERNAM - SITIAWAN, PERAK
Dukacita dimaklumkan bahawa Jambatan Sultan Yusuf di FT005 terpaksa dilanjutkan penutupannya berikutan penemuan kecacatan serius yang boleh mengkompromi integriti struktur dan menjejaskan keselamatanjambatan berkenaan.
Penutupan ini dijangka berlanjutan selama empat (4) bulan untuk membolehkan kerja-kerja memperkukuhkan jambatan dijalankan. Pengguna adalah dinasihat menggunakan laluan alternatif sepertimana ditunjukkan di dalam rajah berkembar bersama Kenyataan Media Jabatan Kerja Raya.
Kami amat mengesali kesukaran yang terpaksa dialami oleh pengguna-pengguna jalan raya akibat dari kerja-kerja yang terpaksa dilaksanakan ini demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
Harap patuhi arahan di papan-papantanda keselamatan yang sedia terpasang di tapak bina.
Untuk sebarang makluman lanjutan, bolehlah merujuk kepada Pejabat Jurutera Daerah Hilir Perak di talian: 05-6221166, fax: 05-6214590; maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui Facebook: JKR Hilir Perak atau Twitter@JKR_HilirPerak atau JKR Perak atau Twitter@JKR Perak
Harap maklum.
Keselamatan anda adalah tanggungjawab kami.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment