Nasihat - Kuasa Bersedekah. Semoga kita jadi orang yang suka bersedekah. BACALAH

No comments

(Nasihat)

Bila saya dapat tahu suami saya diberhentikan kerja, saya diam, rasa down sangat-sangat, saya hilang punca. Suami saya tak tahu yang saya menangis dalam bilik air."
Itulah luahan rasa seorang wanita yang saya temui.
Bayangkan, suaminya berpendapatan RM6 K sebulan. Dan lebih tragis, wanita itu tidak bekerja, hanya seorang suri rumah sepenuh masa.
Dan wanita itu berterus-terang kepada saya, tanpa malu.
Sejak berkahwin dengan suaminya 8 tahun yang lalu. Dia hanya bersolat ikut suka.
Biasanya sembahyang hanya dibuat bila berada dirumah mak mertua.
Suaminya juga begitu.
Cukup sebulan suaminya menganggur. Satu hari jirannya mengajaknya menghadiri kelas membuat kek.
Mulanya wanita itu keberatan.
Tetapi setelah dipujuk, akhirnya dia mengalah.
"Bila saya buat cup cakes, penyelia kata 'tangan' saya memang handal dan menjadi."
Bila pulang. Dia berusaha membuat cup cakes untuk dimakan oleh keluarga. Semuanya memuji keenakan cup cakes yang dibuatnya.
Dengan izin dari beberapa kedai sahabat sekampong. Wanita itu meletakkan cup cake nya di kedai mereka.
Namun, tidak tahu dimana silapnya. Jualan tidak memberangsangkan.
Hampir 3 bulan cup cake diletakkan di beberapa kedai. Paling menghampakan, untung tidak seberapa malahan ada yang langsung tak pulang modal.
"Saya sungguh kecewa, saya menangis di bahu sahabat saya."
Duit simpanan mereka semakin susut.
Satu hari, beliau menghadiri majlis hari jadi anak saudaranya (anak kakaknya). Kakaknya turut membuat pesanan untuk 30 biji cup cake.
Sewaktu berada di rumah kakaknya, ibunya ada bersama. "Engkau dah sembahyang Zohor ke belum?" tanya ibunya dengan mata terjegil.
Mahu tak mahu, beliau bergegas mengambil wuduk dan bersolat.
"Selepas memberi salam, saya terpandang sebuah buku yang bertajuk Aku, Dia & Rezeki, yang terletak dalam rak kecil di tepi bilik."
Buku diambil, dibaca.
"Tiba-tiba saya jadi ketagih, saya rasa terpukul, saya rasa perasaan saya bercampur-baur, saya termenung ... YA ALLAH."
Pintu terkuak sedikit. Rupanya kakaknya mahu masuk.
"Nah." kakaknya menyerahkan sejumlah wang untuk cup cake yang dipesan.
Wanita itu keberatan. Kali ini dia sudah nekad.
"Kak, saya sedekahkan cup cake tu, buat hadiah hari jadi Fatin."
"Ya ALLAH, cepat sungguh ALLAH balas!" luah kakaknya dengan begitu terharu.
Wanita itu terpinga-pinga. "Kenapa kak?"
"Tadi, akak sedekahkan RM5 kepada India yang kutip sampah di belakang rumah ... sekarang engkau pula hadiahkan kami dengan cup cake, ALHAMDULILLAH, murah rezeki engkau dik!"
Telekung dibuka dan mereka berdua keluar dari bilik untuk meraikan hari jadi Fatin.
Hampir menjelang Maghrib. Tetamu semakin reda.
Sewaktu hendak pulang. Kakaknya menerima panggilan dari seseorang.
Sebaik panggilan ditamatkan. Kakaknya memanggil wanita itu.
"Dik, tadi kawan akak call, dia tak sempat nak tanya waktu makan, dia nak order cup cake dari engkau...." dedah kakaknya.
Sambil lewa wanita itu bertanya. "Berapa banyak kawan akak nak?"
"Dia kata nak 500 biji, dia juga nak nombor akaun engkau, dia nak bayar pendahuluan." wanita itu gugup mendengar kata-kata kakaknya.
"Abang Long, demi ALLAH, saya jadi tak tentu arah waktu itu ..." kali ini wanita itu ketawa dalam sendu.
"Sampai hari ini, saya tak pernah berhenti proses buat cup cake, dan banyak juga tempahan yang terpaksa ditolak ... dan sampai hari ini, saya tak pernah miss untuk BERSEDEKAH!" Wanita itu mengakhiri kisahnya dengan renungan yang amat jauh, memandang masa depan yang sungguh cerah, insyaAllah.
TAHNIAH kepada puan!
Saya doakan semoga bisnes puan terus sukses ! AMIN.

Sumber : Feroz Zaini





No comments :

Post a Comment