Kanak - Kanak : Menilai pencapaian anak di tadika. Ada caranya

No comments
(Kanak - kanak)
BAGAIMANA MENGUKUR PENCAPAIAN ANAK DITADIKA.


Sudah hampir sebulan anak-anak kita ditadika.. mesti pelbagai persoalan bermain difikiran ibubapa... apa mereka belajar? Apa mereka buat ditadika? Bila balik ditanya.... jawapan mereka, tak belajar.... kita orang nyanyi, makan, main.... nyanyi, makan, main.... alamak!!!!... bayar beratus-ratus takkan itu jer yang anak kita buat kat tadika!!!!... Ini tak boleh jadi.... sepatutnya mereka dah boleh kenal A sampai Z atau mengira 1 sampai 100... tak pun mesti sekurang-kurangnya dah boleh baca sukukata gitu... Pasti ada sebahagian ibubapa yang mula risau apa yang anak-anak kita belajar terutama ibubapa yang tiada pengalaman menghantar anak ke tadika atau anak pertama baru bersekolah.

Untuk pengetahuan ibubapa sekelian, corak pembelajaran dan pengajaran ditadika adalah berbeza sama sekali dengan corak pembelajaran formal disekolah. Lebih-lebih lagi diawal persekolahan ini apa yang ibubapa boleh ukur lebih kepada perkembangan emosi dan akhlak mereka. Adakah mereka sudah mula ceria ke tadika atau masih menangis?. Adakah mereka sudah mula ada kawan atau masih terpinga-pinga seorang diri disatu sudut bila berada ditadika?. Adakah mereka sudah mula boleh berkongsi barang-barang permainan atau masih suka merampas barang permainan dari rakan sekelas mereka? Adakah mereka sudah boleh mengikut peraturan yang diperuntukan atau masih ikut suka hati atau ikut rasa apa mereka hendak buat?. Adakah mereka boleh bersabar dan bertolak ansur apabila berada didalam barisan atau ketika menunggu giliran. Pencapaian ini harus diukur terlebih dahulu pada ketika ini.

Sekiranya 3 Januari 2017 hari itu mereka datang ke tadika meraung, menangis, berguling, meronta... tetapi hari ini mereka turun dari kereta dengan rasa teruja dan gembira, itu adalah satu pencapaian!
Jika 2 minggu lepas tiada apa-apa cerita yang dibawa pulang ke rumah untuk bercerita tapi hari ini mulut mugilnya tak berhenti-henti berkicau menceritakan perihal kawan-kawan sekelasnya atau guru-guru mereka.... itu adalah satu petanda yang baik!.


Jika ada anak yang masih menangis ke tadika sehingga hari ini, bukan bermakna dia tidak mencapai sesuatu tetapi dia dalam proses menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran yang asing baginya dan mengambil sedikit masa untuk itu. Beri mereka masa dan peluang dan jangan sekali-kali menyerah kalah pada mereka.

Sistem pentaksiran ditadika yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan : sudah menguasai, sedang menguasai dan belum menguasai. Di tadika tiada keputusan dalam ‘ranking ’ A atau B atau C atau D atau E dalam buku kerja anak-anak. Begitu juga kedudukan 1,2 atau 3 dan juga peratus. Ditadika belum boleh diukur kedudukan anak-anak berdasarkan nombor atau peratus kerana peperiksaan menggunakan kertas dan pensel TIDAK DIIKTIRAF ditadika!!!.

Salah satu konsep yang relevan dengan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan anak ditadika adalah konsep Developmentally Appropriate Practice (DAP) atau dalam bahasa melayu bererti ”Pendidikan yang patut/ sesuai dengan tahapan perkembangan anak serta umur mereka".

Berbanggalah jika anak-anak kita gembira ke tadika... suka belajar apa sahaja... ramai kawan-kawan... suka menolong kawan... bila beli makanan... mesti minta belikan kawannya satu...oohhhh itu sangat menarik dan nilai yang baik dalam diri mereka yang tidak boleh diajar dalam buku.

Dalam diri setiap anak-anak kita memang sudah ada ciri-ciri yang baik.. mereka memang berpotensi untuk jadi baik.. jom kita sama-sama gilap potensi mereka untuk mereka terus cemerlang bukan hanya dalam bidang akademik tetapi juga dalam pembentukan sahsiah dan jati diri mereka.

Semoga ibubapa semua bersabar dan tabah dalam membesarkan anak-anak. Janganlah semua nak disegerakan!!!...nak cepat baca... nak cepat tulis... takut-takut nanti anak kita cepat bosan untuk belajar bila tiba masanya. Wallahu’alam.

Sumber : IBU ZARAH

No comments :

Post a Comment