Nasihat : Jadilah AYAH yang BERGUNA!!!

No comments

(Nasihat)



Tinggal seorang sahaja lagi berada dihadapan hendak mengeluarkan wang di mesin ATM, tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak menjerit "papa, papa!"
Ramai yang menoleh ke arah kanak-kanak itu.
Lebih tergamam apabila kanak-kanak itu terus memeluk kaki saya.
Pelukannya agak kejap. Seperti seorang yang sedang melepaskan sebuah kerinduan yang sarat.
"Ya sayang, apa nama sayang?" sambil saya membelai rambutnya yang bertocang, sungguh comel.
"Hasmi! er ... maafkan saya encik." tiba-tiba seorang wanita muda sudah tercegat dihadapan saya.
Wajahnya merah padam. Mungkin malu.
Si anak kecil yang berusia 5 tahun akhirnya mendongak memandang saya.
Kali ini barulah dia melepaskan saya dengan rasa gementar.
"Papa ..." dan si anak kecil itu tersedu-sedan. Dia menyembamkan mukanya ke bahu ibunya.
"Puan tunggu disini sebentar, boleh?" sementara saya mahu mengeluarkan wang dari mesin ATM.
Wanita itu mengangguk lemah.
Usai mengeluarkan wang. Saya mendekati dua beranak itu.
"Maaflah encik, saya ingat ... encik ni suami saya ... maaf saya salah orang." luah wanita itu tenang.
"Tak mengapa ... er, mana suami puan?" tanya saya kepada wanita itu.
Sungguh kasihan apabila mendengar kisahnya yang begitu tragis. Ditinggalkan oleh suami sudah hampir setahun.
Katanya, suaminya mengikut (tergila-gilakan wanita Indonesia yang berjiran dengan mereka).
Dengan kata mudahnya. Wanita itu ditinggalkan - digantung tak bertali.
Cukup memilukan apabila wanita itu menunjukkan kesan bibirnya yang terkoyak kerana ditumbuk oleh suaminya dalam satu pertengkaran.
"Seminggu saya rasa pening."
Sejak itulah suaminya keluar dari rumah dan langsung tidak pulang lagi.
Sejujurnya, saya hanya mampu menjadi pendengar luahan hati seorang wanita yang malang.
Selebihnya saya tidak mampu berbuat apa-apa.
Kepada kaum lelaki - ayah - suami. Kali ini saya hendak memberi AMARAN. Ya AMARAN.
Saya tidak betah untuk memberikan kata nasihat atau peringatan kerana ianya membabbitkan persoalan hukum yang berat.
Pertama. Dalam kes ini. Si suami telah bersikap ZALIM kepada isterinya.
Kedua. Tidak memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak yang ditinggalkan.
Ketiga. Apa sahaja makanan yang dimakan oleh suami menjadi HARAM kerana disitu ada hak anaknya yang ditinggalkan.
Keempat. Memutuskan hubungan keluarga / suami-isteri dengan tanpa cara yang sah adalah perilaku buruk dan keji.
Kelima. Semua perkara fardhu telah dilaksanakan, tetapi ingat, di akhirat kelak, tanggung jawab anda untuk menjawab di hadapan AL KHALIQ tetap diperhitungkan.
Saya pernah melihat bagaimana azabnya kematian seorang lelaki yang telah 'dibuang' oleh anak isteri.
Terlantar selama berbulan-bulan di katil dalam wad. Tiada siapa yang peduli.
Sewaktu muda, lelaki itu meninggalkan isteri dan anak-anak, dan mengikut nafsu dan mengahwini wanita lain. Dan langsung tidak memperdulikan nasib anak isteri yang hidup menderita.
Bila usia sudah tua. Hidup sebatang kara. Tiada siapa dikalangan ahli keluarga yang sudi datang menziarah.
Menangis sudah tidak berguna lagi.
Berbeza dengan kematian yang diratapi oleh anak isteri. Seorang ayah yang penyayang, suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
Pemergian yang diiringi oleh jutaan doa dari zuriat sendiri.
Kepada para suami. Pilihan ditangan anda.
.
.

No comments :

Post a Comment