Sukan : Kaitan Gamba Osaka dan Selangor FA
(Sukan)
Tahukah anda pada 11 Februari 1982, sebuah kelab bola sepak amatur Jepun bernama Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. Soccer Club telah bertandang ke Stadium Merdeka untuk satu perlawanan persahabatan menentang Selangor FA?
Dalam perlawanan tersebut, Selangor FA menang 2-1. Pasukan Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. Soccer Club pun pulang ke negara matahari terbit setelah 'diajar' pasukan negeri paling power dalam Malaysia ketika itu. Siapalah mereka, sebuah kelab amatur yang ditubuhkan pada tahun 1980 dan baru berusia 2 tahun hendak melawan Selangor FA yang ditubuhkan sejak 1936 dan pada 1967 pernah muncul naib juara Asian Championship Club Tournament (kini dikenali sebagai AFC Champions League).
Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. Soccer Club bagaimanapun terus kekal sebagai sebuah kelab amatur milik Matsushita. Sepuluh tahun kemudian muncul idea menukarkan bola sepak Jepun dari taraf amatur ke profesional, selepas delegasi pegawai FA Jepun bertandang ke Malaysia untuk belajar cara-cara menganjurkan liga bola sepak. Maka pada tahun 1992 lahirlah J.League dan sebagai salah satu syarat utama untuk menjadi sebuah kelab profesional yang bertanding di dalam J.League, Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. Soccer Club dikehendaki menukar namanya supaya lebih relevan sebagai sebuah kelab bola sepak komuniti.
Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. Soccer Club bertukar menjadi Gamba Osaka supaya ianya lebih relevan kepada penduduk Osaka, bukan terhad menjadi kelab untuk pekerja Matsushita sahaja (kini Matsushita dikenali sebagai Panasonic, sejak 2008).
Sejak dari itu mereka menjuarai 2 kejuaran J.League, 2 J.League Cup, 4 Emperor's Cup dan 1 AFC Champions League. Oh, mereka juga pernah mendapat nombor tiga dalam FIFA Club World Cup 2008.
Apa jadi dengan Selangor FA? Macam tu aje lah, menang piala berkontena banyaknya tapi semua peringkat domestik je. Apa jadi dengan liga bola sepak Malaysia? Lepas Jepun belajar dari kita, habis agaknya ilmu diserap hingga sampai ke sudah kita jadi bangang.
Kemudian kita hantar wakil kita JDT, kelab bola sepak paling power dalam negara dan dan senang-senang sahaja Gamba Osaka ratah 3-0.
Pak cik Jepun kerja kilang Matsushita yang pernah datang ke Stadium Merdeka tahun 1982 dulu tu kalau dia masih hidup lagi mungkin tengah tersengeh sambil minum sake agaknya.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment