Politik : Politik Dengan Akhlak
(Politik)
Sumber : Feroz Zaini
Satu perkara yang lumrah di kampong-kampong. Ada pemilik kedai makan atau warung yang tidak menyembunyikan kecenderungan politik masing-masing.
Terutama penyokong tegar parti PAS. Maka, akhbar Harakah tersedia secara percuma untuk dibaca oleh pelanggan.
Namun, ada sebuah kedai makan yang pemiliknya menyediakan akhbar Harakah dan AMANAH (akhbar terbitan Parti Amanah Negara).
Itu pun saya tak kisah.
Kedai itu memang menyediakan makanan pagi yang dikira ok. Namun, roti canainya memang sedap.
Usai makan, saya mengambil akhbar AMANAH untuk dibaca.
Sedang saya leka membaca isi kandungannya. Seorang pakcik yang duduk bersama jemaah dari sebuah surau bercakap kepada saya.
"Tak payah baca surat khabar tu, semua tu gila kuasa, pengkhianat, penyokong orang kafir!"
Saya tersenyum dan mendiamkan diri.
Tak kuasa hendak melayan. Saya terus membaca.
Lagipun, saya bukannya penyokong tegar mana-mana parti politik.
Dari nada perbualan mereka. Jelas yang mereka amat marah dengan parti AMANAH. Pelbagai kata nesta yang dihamburkan.
Pelanggan yang sedang menikmati sarapan pagi ramai yang memandang gelagat jemaah surau dengan pandangan kurang selesa.
Sejujurnya, saya merasakan kurang selesa berhadapan dengan situasi sebegitu.
Tiba-tiba salah seorang pakcik dalam kumpulan jemaah itu menjerit. "Hai, sampai setengah jam dah aku tunggu, takkan roti canai aku tak siap lagi!?"
Pemilik kedai dan beberapa orang pembantunya terpinga-pinga dengan jeritan itu.
"Pakcik order roti canai berapa keping?" tanya seorang gadis yang membungkus roti canai.
"10!" bentak pakcik itu melepaskan geram.
"Ni ha ... berapa kali saya panggil ... roti canai 10 siap, tapi tak ada orang yang sahut." gadis itu menunjukkan sebungkus roti canai yang telah siap.
Pakcik itu bingkas bangun menuju kaunter. Manakala rakan-rakannya turut bangun dan beredar.
Wahai ahli jemaah surau dan masjid. Pamerkanlah akhlak yang baik. Tidak perlu menggunakan bahasa kasar dalam usaha mencari pengaruh.
Bersikap menghormati lawan dalam politik adalah satu perbuatan terpuji.
Lebih menjengkelkan, apabila memakai pakaian bercirikan 'orang agama' seperti jubah dan berserban, tetapi merokok, berludah dan berkahak di tepi kedai makan adalah perbuatan yang mengundang rasa benci dan meluat masyarakat.
.
.
Abang Long.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment