Islam : Masjid Terapung kini di Pulau Pangkor

No comments
(Islam) 
Masjid Al Badr Seribu Selawat atau Masjid Terapung sudah siap dan sedia diimarahkan di Pulau Pangkor. Dahulu Masjid Terapung hanya di Terengganu kini sudah ada di Perak. Alhamdulillah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Al Badr Seribu Selawat atau Masjid Terapung yang terletak di Teluk Gadong, Pulau Pangkor. 
Keberangkatan Baginda diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Mula dibina pada 7 Mac 2014, masjid yang diilhamkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir itu mempunyai pelbagai hiasan unik di setiap sudut kemasannya.

Masjid yang kini menjadi mercu tanda terbaharu Pulau Pangkor mengetengahkan kaligrafi 1,000 selawat dan hiasan identiti negeri Perak pada dinding masjid.


Masjid itu yang dibangunkan dengan kos RM11.6 juta siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2016.

No comments :

Post a Comment