Moral (VIDEO) : Baru berapa hari MRT sudah ada VANDALISME
(Moral) Fasiliti kelas PERTAMA, Mentaliti kelas KETIGA
BELUM seminggu Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) berkelas dunia dibuka kepada orang awam, ia sudah menjadi mangsa individu berfikiran kelas ketiga.
Beberapa kemudahan di stesen MRT bagaikan tempat 'mengekspresi diri' atau lebih tepat menjadi mangsa vandalisme.
Kira-kira RM10,000 sudah dibelanjakan bagi kos pembaikan kerosakan akibat vandalisme hanya selepas lima hari pertama MRT-SBK beroperasi.
Berita ini viral selepas Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah, memuat naik mengenai vandalisme MRT di Facebook.
Najmuddin Abdullah yang meluangkan masa melawat beberapa stesen pagi tadi menulis: “Saya gembira melihat ibu bapa dan anak-anak menggunakan MRT namun apa yang menyedihkan berlakunya kerosakan atau vandalisme hanya selepas lima hari beroperasi.
"Banyak kesan calar pada bangku dan dinding. Kerosakan di tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) pula berlaku sejak dua hari lalu.
"Pagi tadi saya lihat penyapu dan lampu di atas bumbung pintu keluar F atau Jalan Sultan Ismail di Stesen Bukit Bintang!," tulisnya di FB.
Hasil tinjauan, kerosakan tandas OKU Stesen Maluri sudah diperbaiki, beberapa jam selepas Najmuddin memuat naik beberapa gambar kerosakan itu di FB.
Dari Stesen Maluri, Stesen Bukit Bintang didapati penyapu serta lampu di atas bumbung di pintu keluar F juga sudah dibersihkan.
Sumber : Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment