7 TIPS dalam mengadakan majlis di rumah

No comments
(TIPS) Tips untuk mengadakan majlis atau rumah terbuka di rumah kita (tetamu yang ada anak kecil)



Alhamdulillah, hari ini 24 Julai 2017 merupakan hari terakhir Syawal 1438 H. Mari kita berdoa agar kita semua dapat dipertemukan dengan Syawal akan datang.

Pasti pada Syawal yang lepas, kita berkunjung / buat rumah terbuka. Antara isu yang tular adalah gelagat anak-anak kawan/tetamu yang beraya di rumah kita. Pelbagai keluhan yang keluar sehingga kita lupa bahawa KEDATANGAN TETAMU ITU MEMBAWA RAHMAT KE TUAN RUMAH seperti Sabda Nabi

"Sesungguhnya seorang tamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut."

Berikut adalah 7 TIPS dalam kita menerima tetamu di rumah yang kita boleh praktikkan sebelum mengadakan majlis di rumah 




1) Kenali tetamu anda
Dalam kita menjemput tu...kita kena kenal dan tahu tetamu kita...siapa dia?...saudara kita?...saudara suami/isteri kita?...kawan kita?...kawan suami/isteri kita?...bila kita tahu dan kenal mereka...kita boleh kenal tahap sensitiviti masing2...kita boleh buat anggaran ahli keluarga masing2...berapa ramai anak?...dari mana mereka datang?...itu semua penting...related dengan tips2 berikutnya...

2) Sediakan senarai tetamu
Dalam menganjurkan rumah terbuka...seperti yang ramai duk cerita sana sini...semuanya berkaitan dengan anak dan budak2...kita sepatutnya dah tahu yang ramai budak akan datang rumah kita...kita juga kena sedar akan tahap keselesaan rumah kita untuk mak apak depa dan anak2 depa...kena dan perlu ada ruang...kalau dalam rumah sempit...sediakan khemah awal2...jadi tetamu semua berada di luar sahaja...tidaklah bersesak di dalam...kalau rasa tak mampu...rumah pun kecil...sebaiknya...buat jemputan dalam jumlah yang sedikit sahaja...tak perlulah nak jemput sekampung...tahap keselesaan penting untuk memastikan semua tetamu selesa dan anak2 kecil tak mula buat hal dan meragam...kalau kita jenis tak suka budak2 berkeliaran dalam rumah...sediakan khemah adalah satu jalan yang terbaik...

3) Alihkan perhatian anak2
Dalam menangani kerenah dan ragam anak2 kecil...ada seribu satu cara...lain anak lain caranya...jadi jangan terlalu rigid bak kata jawanya...majlis hari raya tiada bezanya dengan majlis harijadi atau aqiqah atau sebagainya...mungkin aturcara berlainan tapi jemputannya sama sahaja...akan ada anak2...sediakan aktiviti untuk anak2...andai anda punya bajet lebih...berikan setiap anak2 activity kit bila mereka sampai ke rumah...kalau tak mampu...beli activity kit yang boleh dikongsi beramai2...contoh seperti buku mewarna atau lego...aktiviti seperti ini boleh meminimakan pergerakan budak2 ke seluruh rumah dan menggalakkan anak2 duduk statik di satu tempat sahaja...sediakan warna yang elok kualitinya...lego yang besar saiznye...jangan beli yang kecik2...berterabur satu rumah sakit jiwa nak kemas...lagi teruk sakit kaki bila pijak...warna pun beli yang cantik hasil mewarnanya...jangan beli yang tenyeh 10x pun tak kuar warna...budak2 akan fed up andai usaha dia tak seperti jangkaan dia...bila anda sediakan aktiviti kit ni...secara tak langsung...mainan2 yang lain boleh simpan terus dari pandangan dan tak perlu risau nak kemas2 beria nanti...

4) Reward them
Tekankan dekat anak2 kecil...siapa yang behave atau berkelakuan baik...aunty bagi angpau...aunty bagi coklat ke?...tak kisah lah aunty nak bagi apa2...tapi reward system ni memang yang paling berkesan untuk mana2 anak kecil...yang dah siap mewarna bagi depa bawa balik hasil tu pun bagus...budak2 suka bila sesuatu yang depa lakukan itu mendapat pujian dan dihargai...

5) Bersedia mental dan fizikal
Menganjurkan majlis memang penat...jadi jangan teruskan memenatkan kepala dan badan anda untuk benda2 yang tak perlu...sediakan bilik atau ruang untuk anak2 kecil bermain supaya mereka tak explore ke tempat2 lain...tempat tu pun pastikan dekat dan boleh diawasi oleh dewasa setiap masa...andai bilik mainan di tingkat atas...siap2 kuncikan semua bilik2 lain yang kita tak mahu anak2 explore...kids will always be kids...mischievous orang jawa kata...kita pun...siap2lah simpan segala mak nenek pasu kristal beli dekat Turkey tu...apa2 perhiasan yang fragile tak perlulah nak tayang sangat...kita kene ingat...majlis adalah untuk menjamu orang...bukan nak bermegah dengan rumah kita...jangan nanti bila ada yang pecah yang kotor...tak memasal anak orang kita jeritkan...buat majlis ini memenatkan...jadi emosi mudah untuk jadi tak terkawal...

6) Sediakan kemudahan
Sediakan ruang untuk tetamu bersolat...atau untuk menyusukan anak...atau untuk tidurkan anak2...atau untuk apa2 sahajalah...kadang rumah kita tu dah jadi rumah kelima depa untuk hari tu...anak2 kompem2 dah penat dan mula meragam...sediakn ruang yang selesa bagi tujuan2 tersebut...

7) Sediakan makanan yang child friendly
Kalau anda jenis ada sofa buatan Italy...atau karpet dari sutera...janganlah sediakan makanan yang berisiko tinggi untuk membuatkan anda meroyan...budak2 bukan nak makan sangat rendang atau kuah kacang...bagi depa makan nugget atau drummet pun dah cukup heaven bagi depa...takda tumpah2 kan..air pun boleh bagi air kotak je untuk anak2...memanglah masih boleh tumpah...tapi sekurangnya takda lah sampai segelas kome kena lap...kebarangkalian kejadian tak diingini pun rendah...kita kena kreatif lah...

Mak Pak ni kalau dah berjumpa memang lupa nak tengok anak2...iyelah...masa ni lah nak bergosip nak mengumpat sampai anak mati kutu tak tahu nak buat apa...kesian dekat anak2...lama mana pun depa boleh duduk diam...depa bukan robot...
Itu antara tips2 yang saya boleh fikirkan dan kongsi...saya pun masih baharu dalam menganjurkan rumah terbuka...tapi sikit sebanyak bila baca entri2 tentang adab bertandang tu...ini antara usaha yang kita boleh buat...kita kena ingat...everything is a two-way thing...yang dijemput kena jaga adab...yang menjemput pun kena ada adab juga...kita suka bila ank2 kita balik dari rumah orang cakap "Siti suka pergi rumah aunty Jenab"...bukan dialog "Siti taknak pergi dah rumah aunty Jenab"...ingatlah menerima tetamu itu besar hikmahnya...jangan sebab benda2 kecil...hilang semua nya...
Kalau anda jenis tak boleh berlapang dada atau sikit lebih kurang...tak payahlah nak harap orang tak perlu datang rumah anda...anda pun tak payahlah susah2 nak menjemput orang...takdelah jemputan anda berdosa tak memenuhi jemputan...tak pun...buat je majlis dekat hotel...lagi senang...tak payah buat majlis terus...wallahualam...

Sumber : Nurynn Hamdan

No comments :

Post a Comment