Ekonomi : 10 tahun 1MDB TIDAK perlu bayar cukai sehingga 2020

No comments
Ekonomi : Menteri Kewangan kata 1MDB dan Anak Syarikat Tidak Perlu Bayar Cukai Selama 10 Tahun



Sumber dari Sinar Harian memberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikat milik penuhnya mendapat pengecualian cukai pendapatan termasuk dividen bagi tempoh 10 tahun mulai 2010.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia selaras dengan Seksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Pengecualian cukai ini juga termasuk cukai keuntungan harta tanah," katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP - Bakri) di Dewan Rakyat.

Dalam soalannnya, Teck Hwa meminta Menteri Kewangan menyenaraikan pembayaran cukai syarikat, zakat perniagaan dan cukai hartanah yang telah dibayar 1MDB dari 2013 hingga 2017.

Najib berkata, pengecualian cukai itu bagaimanapun tidak merangkumi anak syarikat lain seperti Edra dan anak syarikatnya yang telah peroleh 1MDB selepas 2010.

"Selaras dengan ini, pembayaran cukai syarikat di dalam dan di luar negara adalah seperti berikut: 2013 (RM199, 058,000), 2014 (RM212, 911, 000), 2015 (RM259, 168,000), 2016 (tiada - Edra telah dijual pada 2016), 2017 (tiada)," katanya.

No comments :

Post a Comment