Sukan Sea 2017: Satu Pingat, Satu Pokok
Keunikan Sukan Sea 2017 kali ini datang dengan SATU PINGAT, SATU POKOK
Buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN, Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) menyemarakkan inisiatif hijau dengan melancarkan program Satu Pingat, Satu Pokok di Bandar Sukan Kuala Lumpur.
Khairy berkata, keseluruhan 5,249 pokok akan ditanam di bawah inisiatif ini iaitu jumlah medal yang akan dihadiahkan kepada setiap atlet sepanjang temasya kali ini.
"Tujuan kita menanam pokok secara besar-besaran di bawah inisiatif hijau adalah untuk mengimbangi karbon yang dilepaskan sepanjang temasya ini," katanya.
Setiap pemenang akan diberi satu anak pokok ketika penyampaian hadiah pingat di podium berbanding penyampaian jambak bunga seperti kelazimannya.
Sumber : BHARIAN
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment