Larangan Terbang ke Korea Utara. Perlawanan Malaysia vs Korea Utara Ditangguhkan Lagi
28 SEPT: Kerajaan mengambil keputusan melarang rakyat negara ini ke Korea Utara ekoran ketegangan yang memuncak di rantau itu susulan ujian peluru berpandu yang dijalankan, baru-baru ini.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, larangan itu dikeluarkan susulan ketegangan yang semakin meningkat susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara.
Katanya, larangan perjalanan itu akan disemak semula selepas situasi di negara itu kembali normal.
Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh hubungi Kementerian Luar di talian +603-80008000 (waktu bekerja) atau +603-88874570 (selepas waktu bekerja)," kata kenyataan itu, hari ini.
Ekoran larangan itu,Skuad Harimau Malaya tidak akan ke Pyongyang, Korea Utara Selasa depan selepas menerima arahan terbaru larangan perjalanan ke republik itu daripada kerajaan Malaysia.
Berikutan itu Persekutuan Bola Sepak Asia AFC menangguhkan perlawanan kelayakan kumpulan B Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober 2017.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment