Orang Parit Perak dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke 11
Datuk
Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke-11 yang baru.
Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan
dalam PDRM.
Antara jawatan
yang pernah disandang beliau adalah Ketua
Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta
Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.
Pada 2014, beliau pernah memangku
jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan
penyandangnya pada masa itu, Tan Sri Mohd. Bakri Zinin bersara wajib.
Majlis serah terima tugas, diikuti penyerahan
tongkat kuasa diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan disaksikan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Pasukan Polis memutuskan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim kekal sebagai Timbalan Ketua Polis dengan penjawatan baru dinaikkan kepada Turus 3.
Katanya, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd
Shariff dilantik ke jawatan Pengarah Cawangan Khas.
Turut dilaksanakan, pada ini ialah majlis
penyerahan jawatan Pengerusi PERKAP Malaysia, antara Puan Sri Imran Ibrahim dan
Datin Seri Azizah Hamdi.
Khalid bersara selepas 40 tahun berkhidmat
dengan Polis Diraja Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment