Petua Moden Ubati Kayap

No comments
Apa itu KAYAP?

Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zosterPunca penyakit kulit dan saraf ini terjadi adalah disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV) yang menyebabkan timbulnya ruam di permukaan kulit yang amat pedih dan muncul juga kelepuhan pada bahagian tertentu tubuh.


Ada 2 golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh kuman VZV ini. Kedua-dua golongan ini mempunyai daya ketahanan sistem imun yang rendah.
  1. Golongan yang lebih berusia iaitu umur lebih daripada 50 tahun. Semakin berusia, tanpa pengambilan supplemen seperti vitalea, sistem imun akan semakin berkurangan.
  2. Sistem pertahanan badan yang lemah 

Pencetus penyakit kayap ini adalah apabila virus VZV ini diaktifkan. Sebenarnya, virus ini sudah berada dalam tubuh apabila seseorang itu mengalami penyakit cacar air atau chickenpox. Setelah cacar air ini sembuh, virus tersebut berhibernasi dalam pusat saraf dan akan mula menyerang apabila sistem imun berkeadaan lemah. Ia akan menyerang urat saraf sehingga menyebabkan radang saraf.
Petua Moden Ubati Kayap (Yang Admin sendiri buat)
  • Pergi hospital. Dapatkan rawatan segera. Diagnosisnya adalah
  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac
  3. Menggunakan ubat neuroaktif dan antiviral
  • Minum air alkali (air zamzam, air kangen  atau air alkali buat sendiri)
  • Sembur air berasid 2.5 (bertindak seperti antiseptic) ke atas permukaan kulit yang kena kayap
  • Ambil supplement yang perlu (berhubung dengan pakar kesihatan anda). Admin ambil Vitamin C & B Complex.
  • Jaga kesihatan dan kebersihan kulit (Jangan berkongsi tuala, jangan garu di tempat jangkitan)
  • Berdoa

No comments :

Post a Comment