Tiada yang disembunyikan, kata Menteri Pertahanan

No comments
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji bahawa tiada perkara yang akan disembunyikan berhubung siasatan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak, Jumaat lepas.

Beliau yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkata pihaknya juga telah mengarahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk melakukan siasatan.
"Saya telah arah TLDM untuk beri sepenuh kerjasama kepada pihak PDRM untuk lakukan siasatan. Tiada perkara akan disembunyikan. Itu janji saya.
"Saya konsisten bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah. Buat masa ini, biar pihak PDRM teruskan siasatan," kata beliau dalam laman Twitter rasminya hari ini.
Susulan itu, TLDM menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) berhubung kes berkenaan.

Pihak polis pula, menukar kertas siasatan daripada mati mengejut kepada kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebaik sahaja memperoleh laporan hasil bedah siasat dapati punca kematian mereka akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Semalam, tiga anggota lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun, ditahan reman selama seminggu pada jam 9.30 malam untuk siasatan lanjut.

No comments :

Post a Comment