Tombiruo : RM 5 juta dalam masa 10 hari
Siapa kata, peminat tempatan tidak lagi ke panggung.
Baru 10 hari tayangan, filem Tombiruo : Penunggu Rimba yang diapdatasi dari novel karya novelis thriller nukilan Ramlee Awang Murshid berjaya mengutip RM5 JUTA
Filem Tombiruo : Penunggu Rimba mengutip lebih RM5 juta selepas 10 hari ditayangkan di pawagam tempatan sejak 12 Oktober lalu.
Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata kelainan kisah yang diadaptasi daripada novel karya Ramlee Awang Murshid menjadi daya tarikan utama menonton filem berkenaan.
Tombiruo : Penunggu Rimba mengisahkan mengenai Ejim lakonan Zul Ariffin yang digeruni kerana mempunyai kuasa luar biasa dan digelar Tombiruo berikutan wajahnya yang cacat.
Dalam bahasa Kadazandusun, Tombiruo bermaksud roh atau hantu.
Filem ini juga membariskan pelakon seperti Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faizal Hussein, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Farah Ahmad.

Sumber : BHARIAN
Malaysia ke FINAL Piala Asia 2017...Hoki
Akhirnya, Malaysia layak ke FINAL PIALA ASIA.... Hoki..
Read More
Flik FAIZAL SAARI membawa The Malaysian Hockey Tiger ke FINAL |
MALAYSIA 1 KOREA SELATAN 1
Impian skuad bimbingan Stephen van Huizen untuk melangkah ke perlawanan akhir Hero Piala Asia 2017 buat kali pertama menjadi kenyataan selepas berjaya mengikat Korea Selatan 1-1 pada perlawanan terakhir saingan Super 4 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani, Dhaka, Bangladesh sebentar tadi.
Satu mata yang diperolehi dalam perlawanan terakhir peringkat Super 4 sudah memadai untuk meletakkan pasukan negara sebagai pasukan kedua terbaik untuk melangkah ke final.
Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir merupakan sejarah buat skuad negara yang tidak pernah ke final dan The Malaysian Hockey Tigers akan membuat perhitungan dengan India pada perlawanan akhir yang akan berlangsung esok.
Korea Selatan mendapat peluang untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-24 apabila dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti yang pertama dan Yang Jihun mudah menolak masuk bola untuk menewaskan penjaga gol negara, S. Kumar.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Malaysia diberikan peluang untuk menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan pukulan sudut penalti bagaimanapun gagal disempurnakan oleh Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad.
Tiada sebarang tambahan jaringan berjaya untuk dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dalam suku ketiga walaupun Korea memiliki beberapa percubaan untuk menggandakan jaringan tetapi aksi cemerlang penjaga gol negara, Kumar berjaya untuk menidakkan usaha Korea untuk menambah jaringan.
Skuad negara bagaimanapun tidak berputus asa untuk terus menggandakan usaha mencari jaringan tetapi usaha untuk cuba merapati pintu gawang Korea terus dikawal ketat dan cuba sedaya upaya untuk menghalang impian skuad negara mencipta jaringan.
Minit ke-53 menyaksikan usaha untuk terus mendapatkan jaringan seakan tidak menjadi apabila bola hantaran Muhammad Razie Abd Rahim mencari Muhammad Shahril Saabah tidak berjaya dibaca dengan baik oleh Shahril.
Usaha untuk memberikan tekanan kepada Korea berhasil apabila dua minit sebelum tamat perlawanan sebenar, Malaysian Tigers dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti kedua dan peluang untuk mendapatkan jaringan penyamaan dan flik Faizal Saari mencari sudut atas pintu gol kanan lawan menjelmakan jaringan yang dinanti-nantikan skuad negara.

Detik-detik menarik juga digambarkan oleh ZACK RAHIM oleh fb nya
Jom Bantu Pusat Tahfiz : 50 PERATUS Pusat Tahfiz di Malaysia TIDAK SELAMAT
Sebanyak 50 peratus daripada 956 buah pusat tahfiz yang diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara sejak bulan lalu didapati dalam keadaan tidak selamat.
Read More
Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kesemua pusat itu perlu mengambil tindakan penambahbaikan termasuk menyediakan alat keselamatan kebakaran sekiranya perkara tidak diingini berlaku.
"Kesalahan paling banyak dikesan ialah tidak mempunyai peralatan kebakaran dan hasil pemeriksaan sebanyak 291 notis telah dikeluarkan sehingga 13 Okt.
"Selain itu antara kesalahan lain yang turut perlu diambil perhatian oleh pihak terbabit ialah menyediakan laluan keluar yang mencukupi dan boleh keluar dengan selamat jika berlaku kebakaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pameran Inovasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di ruang legar Berjaya Megamall hari ini.
Wan Mohd Nor berkata, selain itu pusat pengurusan tahfiz perlu memberikan penekanan terhadap elemen amaran kebakaran seperti alat pengesan dan penggera kebakaran untuk keselamatan penghuni.
"Pihak bomba sedang mengumpul data berkaitan sebelum hasilnya bakal dibentangkan kepada kerajaan nanti.
"Kita juga memberi tempoh yang bersesuaian kepada mana-mana pusat yang beroperasi dalam keadaan tidak selamat untuk menambah baik aspek keselamatan di bangunan mereka.
"Jika masih berdegil, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang dengan peruntukan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau turut berharap agar semua pusat tahfiz yang beroperasi memberi kerjasama yang baik bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berulang akibat pengabaian terhadap aspek keselamatan di premis masing-masing.
Sumber : BERNAMA
Nota : PANDUAN PENDAFTARAN TAHFIZ SWASTA boleh dimuatturun di sini

Tiada yang disembunyikan, kata Menteri Pertahanan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji bahawa tiada perkara yang akan disembunyikan berhubung siasatan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak, Jumaat lepas.
Read More
Beliau yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkata pihaknya juga telah mengarahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk melakukan siasatan.
"Saya telah arah TLDM untuk beri sepenuh kerjasama kepada pihak PDRM untuk lakukan siasatan. Tiada perkara akan disembunyikan. Itu janji saya.
"Saya konsisten bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah. Buat masa ini, biar pihak PDRM teruskan siasatan," kata beliau dalam laman Twitter rasminya hari ini.
Susulan itu, TLDM menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) berhubung kes berkenaan.
Pihak polis pula, menukar kertas siasatan daripada mati mengejut kepada kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebaik sahaja memperoleh laporan hasil bedah siasat dapati punca kematian mereka akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.
Semalam, tiga anggota lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun, ditahan reman selama seminggu pada jam 9.30 malam untuk siasatan lanjut.
Sumber : Sinar Harian, Malaysiakini
Membantu Tahfiz Swasta? Berikut Panduan Pendaftaran Tahfiz Swasta
Sejak 2-3 minggu ini, kita dikejutkan dengan kejadian Maahaf Tahfiz Terbakar. Pertama yang melibatkan di Darul Quran Ittifaqiyah sehingga mengorbankan 23 nyawa. Yang kedua kejadian di Rembau. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Read More
Respon kepada 2 peristiwa ini, admin berkongsi serba sedikit bagaimana kita boleh membantu tahfiz swasta ini. Netizen diluar boleh membantu dengan memuat turun PANDUAN PENDAFTARAN TAHFIZ SWASTA di bit.ly/PanduanDaftarTahfiz
Ringkasan Panduan yang boleh dimuat-turun di bit.ly/PanduanDaftarTahfiz
Larangan Terbang ke Korea Utara. Perlawanan Malaysia vs Korea Utara Ditangguhkan Lagi
28 SEPT: Kerajaan mengambil keputusan melarang rakyat negara ini ke Korea Utara ekoran ketegangan yang memuncak di rantau itu susulan ujian peluru berpandu yang dijalankan, baru-baru ini.
Read More
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, larangan itu dikeluarkan susulan ketegangan yang semakin meningkat susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara.
Katanya, larangan perjalanan itu akan disemak semula selepas situasi di negara itu kembali normal.
Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh hubungi Kementerian Luar di talian +603-80008000 (waktu bekerja) atau +603-88874570 (selepas waktu bekerja)," kata kenyataan itu, hari ini.
Ekoran larangan itu,Skuad Harimau Malaya tidak akan ke Pyongyang, Korea Utara Selasa depan selepas menerima arahan terbaru larangan perjalanan ke republik itu daripada kerajaan Malaysia.
Berikutan itu Persekutuan Bola Sepak Asia AFC menangguhkan perlawanan kelayakan kumpulan B Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober 2017.
KAFA dapat Bos Baru, seorang WANITA (Bibi Ramjani Ilias Khan)
Usahawan wanita, Bibi Ramjani Ilias Khan diumumkan sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63.
Bibi Ramjani memperoleh sebanyak 32 undi sekali gus menewaskan Muhammad Nasir yang juga Naib Presiden KAFA memperoleh 19 undi.
Kemenangan itu menyaksikan Bibi Ramjani mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama menjawat jawatan sebagai Presiden KAFA.
Proses pengundian terpaksa dilakukan dua kali selepas jumlah undi diperolehi Bibi Ramjani pada kali pertama sebanyak 32 undi iaitu tidak memenuhi kehendak perlembagaan persatuan yang memerlukan undian majoriti 35 untuk jawatan Presiden.
Bagaimanapun, keputusan pengundian kali kedua membabitkan 52 wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) muktamad memilih Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.
Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah pada sidang media memaklumkan proses pengundian berakhir jam 6 petang.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)