Petrol / Diesel : Harga Baru Petrol & Diesel Jan 2017
Harga runcit petrol
RON95 dan diesel masing-masing akan naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa
Januari 2017.
Ini menjadikan harga
petrol RON95 berharga RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter
.
Bagi petrol RON97, harga
runcit akan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.40.
Harga baru itu akan berkuat kuasa selepas tengah malam ini.
Kerajaan menentukan
harga bahan api melalui sistem apungan terurus.
Ia mengambil kira
beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang
negara pada bulan sebelumnya.
Harga minyak mentah
Brent terus meningkat selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum
(Opec) memeterai perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran dalam usaha
membendung lebihan bekalan dan menstabilkan harga minyak.
Perjanjian itu juga
melibatkan ahli-ahli bukan Opec termasuk Malaysia, dengan Petronas berikrar
menurunkan pengeluaran minyak mulai tahun depan.
Minyak mentah Brent
mencecah AS$ 50.47 setong pada awal bulan ini kepada AS$ 56.82 setong semalam.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment