Persekolahan di Terengganu Tahun 2017 ditangguh
Pembukaan sesi
persekolahan 2017 bagi 25 sekolah di Terengganu yang sepatutnya bermula esok
terpaksa ditangguhkan susulan banjir yang melanda negeri itu sejak awal pagi
tadi.
Pengarah Jabatan
Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata ia melibatkan 2,430 murid
sekolah rendah dan 962 pelajar sekolah menengah.
"Bilangan guru yang
terlibat pula ialah seramai 490 orang iaitu 365 guru sekolah rendah dan
125 guru sekolah menengah.
"Daripada 25 sekolah
itu, 22 terletak di daerah Hulu Terengganu, dua di Setiu dan satu di
Marang," katanya kepada Bernama.
Sekolah di Hulu Terengganu
yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkawang, SK Kuala Ping, SK
Teris, SK Kuala Jenderis, SK Padang Setebu, SK Matang, SK Sungai Buloh, SK
Sungai Berua, SK Bukit Tadok, SK Lubok Periuk, SK Nibong, SK Kua.
SK Felda Mengkawang, SK
Betong, SK Pereh, SK Felda Tersat, SK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar
termasuk tiga sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Menerong, SMK Kuala Jenderis dan SMK Tun Indera.
Dua
sekolah di Setiu ialah SK Merbau Menyusut dan SK Kampung Besut manakala satu
sekolah di Marang ialah SK Sentol Patah.
Mengulas lanjut,
Shafruddin berkata daripada 501 sekolah di negeri itu, 13 sekolah telah dinaiki
air iaitu satu di Marang (SK Sentol Patah) enam di Hulu Terengganu (SK Teris,
SK Tapah, SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kua dan SMK Bukit Diman).
Selain itu, katanya, tiga
sekolah di Kuala Terengganu (SK Kampung Bukit, SK Undang dan SK Padang Midin),
dua di Setiu (SK Merbau Menyusut dan SK Kampung Besut) dan satu di Dungun (SK
Seri Paka).
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment