Ekonomi : Terbit bon untuk Bayar Hutang? Teknikal? Kebetulan?
1MDB : Terbit bon untuk Bayar Hutang? Teknikal? Kebetulan?
Sumber : YB Dato Husam Musa
Suratan atau satu kebetulan....
Pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion hari ini oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB lewat semalam bahawa bayaran kepada Ipic akan dibuat pada bulan Ogos ini juga.
Tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos, sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama.
Kod tender bagi bon itu adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman Bank Negara:
GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037. Umur DS Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB.
YB Dato Husam Musa
9 Dzulkaedah 1438/2 Ogos 2017
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment