Automotif : RR 6 & RR9 - Milik DYMM Yang Di-Pertuan Agong
RR 6 & RR9 Milik DYMM Agong. Manakala RR11 Milik Sultan Selangor
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, mengesahkan RR6 dan RR9 sah menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan nilai masing-masing RM459,800 dan RM396,980.
Sementara Sultan Selangor pula, katanya memenangi bidaan nombor pendaftaran RR11 dengan nilai RM268,400.
Nilai bidaan bagi RR6 adalah yang tertinggi pernah direkodkan bagi nombor pendaftaran di Perlis.
Keputusan bidaan nombor plat berkenaan ditampal di papan kenyataan di Pejabat JPJ Perlis, selain laman Facebook rasmi jabatan itu bermula jam 8 pagi tadi.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment