Kesihatan : Jangan Takut Dengan Kemoterapi
Jangan Takut Jalani Kemoterapi
SEJAK setengah kurun yang lalu, kemoterapi berperanan dalam usaha mengekang penyakit kanser. Namun, di sebalik jasa dan kepentingan kemoterapi yang agak terkehadapan dalam bidang perubatan, rawatan tersebut tidak lari daripada dimomokkan dengan kepercayaan karut dan salah faham.
Lebih mendukacitakan, hampir kebanyakan daripada kita hakikatnya tidak mempunyai pengetahuan bagaimana ia berfungsi dalam menangani penyakit pembunuh nombor satu itu.
Perunding Klinikal Onkologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Muhammad Azrif Ahmad Annuar menjelaskan, kebiasaannya pesakit kanser payudara tahap pertama tidak memerlukan kemoterapi. Kemoterapi hanya perlu berpandukan kepada beberapa faktor.
Penentu rawatan kemoterapi kanser payudara dinilai berdasarkan risiko yang dihadapi pesakit, tahap kesihatan tanpa mengambil kira umur dan penyakit lain yang dihidapi pesakit.
Menurut Azrif, daripada 80 peratus pesakit yang bertemu pakar onkologi, 20 peratus membuat keputusan untuk tidak menjalani kemoterapi. Selepas perbincangan, terdapat pesakit yang enggan melakukan kemoterapi dan selesa dengan radioterapi sahaja.
Bagi kanser payudara, kemoterapi perlu dijalankan sebanyak enam sesi untuk setiap tiga minggu. Ia diikuti dengan pemeriksaan semula setiap tiga atau empat bulan bagi tiga tahun pertama, setiap enam bulan untuk empat hingga lima tahun dan sekali setahun selepas lima tahun.
"Kemoterapi merupakan rawatan pilihan. Doktor hanya memberi saranan tetapi keputusan dibuat oleh pesakit selepas mempertimbangkan risiko dan perbincangan dengan keluarga.
"Ada juga pesakit yang berhenti kemoterapi di tengah jalan dan memilih rawatan alternatif seperti perubatan tradisional atau mengikut kepercayaan agama masing-masing. Selalunya, mereka akan berjumpa doktor semula disebabkan sel kanser kembali agresif," jelas beliau.
Menurut Azrif, pada waktu itu, ia mungkin sudah terlambat untuk membunuh sel-sel kanser secara menyeluruh ekoran rawatan yang tidak lengkap sebelum itu. Jadi, kemoterapi yang diberikan adalah untuk pengawalan, bukan penyembuh. Azrif mengakui selepas menjalani sesi pertama kemoterapi, pesakit mula membiasakan diri meskipun rasa takut masih ada.
Antara punca yang kerap diterima Azrif apabila berdepan pesakit kanser yang enggan menjalani kemoterapi ialah pengaruh cakap orang yang telah terbentuk dalam diri, harapan samar selepas rawatan dan tekanan saat disahkan mendapat kanser itu masih belum hilang.
Rawatan kemoterapi sebenarnya berbeza mengikut jenis kanser.
-----------------------------------------------
Pakar hematologi, Dr. Muhd. Zanapiah Zakaria memberitahu, setiap kemoterapi direka khas untuk kanser tertentu. Jadi, kesan kemoterapi kanser yang berbeza tidak boleh dijadikan perbandingan.
"Hematologi merangkumi kanser darah iaitu leukemia dan kanser limfoma. Terdapat pelbagai jenis leukemia dan kanser limfoma dan setiap jenis mempunyai prosedur kemoterapi yang tersendiri.
"Sebagai contoh, leukimia mieloid akut, ia perlu dilakukan setiap hari selama seminggu. Dalam tempoh tiga minggu, mereka perlu melakukan kemoterapi sekali lagi.
"Sel kanser leukemia ini mengalir dalam darah dan disebabkan itu hanya kemoterapi mampu menghapuskan sel stem yang bermasalah. Hampir 70 peratus pesakit menerima respons positif dari segi penghapusan sel stem selepas kemoterapi.
Jadi, pesakit leukimia disaran melakukan transplan kerana kemungkinan untuk pulih sepenuhnya sangat tinggi sekiranya sel stem bermasalah digantikan dengan yang baharu," jelas Muhd. Zanapiah yang menambah transplan selalunya melibatkan dua kaedah iaitu autologus dan alogeneik.
Menangkis kisah negatif tentang kemoterapi, Muhd. Zanapiah tidak menafikan bahawa kemoterapi mendatangkan kesan sampingan tetapi segala-galanya demi kebaikan pesakit. Doktor melihat kemoterapi sebagai rawatan jangka panjang bagi pesakit kekal pulih yang disasarkan untuk tempoh lima hingga 10 tahun.
"Pesakit perlu berkorban kesakitan dan masa untuk kemoterapi selama enam bulan hingga setahun. Ia memang agak lama tetapi faedahnya pasti datang kemudian. Mereka yang masih ragu-ragu dengan keupayaan kemoterapi disarankan bertanya terus kepada pesakit kanser yang telah sembuh dan bukannya mendengar cerita rawak daripada masyarakat," pesan Muhd. Zanapiah.
------------------------------
Pendapat PENULIS, kepada pesakit KANSER. Jangan takut untuk menjalani prosedur Kemoterapi. Ibu PENULIS sendiri sedang menjalani rawatan Kemoterapi.
Apa yang penting :-
1. Jangan skip rawatan kemoterapi
2. Sokongan keluarga sangat-sangat diperlukan
3. Elakkan mendedahkan pesakit kepada terlalu ramai lawatan bagi mengelak pesakit senang dijangkiti penyakit lain.
4. Ambil supplement yang perlu selepas mendapatkan nasihat doktor.
5. Tidak salah jadi PANDAI pada sakit yang dihadapi TETAPI ELAKKAN MEMANDAI-MANDAI
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment