Sukan Sea 2017 : Pingat 111 dari The Pocket Rocket Man..
August 29, 2017
AzizulHasni Awang
,
Basikal
,
Sukan
,
Sukan Sea 2017
,
The Pocket Rocket Man
No comments
Azizulhasni Awang menyumbang pingat emas ke-111 itu selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Veldrom Nasional di Nilai, malam tadi.
Tuan rumah Malaysia berjaya mencapai sasaran 111 pingat emas yang ditetapkan untuk temasya edisi ke-29 itu.
Juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang menyumbang pingat emas ke-111 itu selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Veldrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan, malam tadi.
Foto Iqmal Haqim Rosman
Dengan dua hari temasya akan melabuhkan tirainya, tinggal 67 emas saja lagi menjadi taruhan dan mustahil bagi mana-mana negara lain untuk memintas kedudukan Malaysia setakat ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini meletakkan sasaran 111 pingat emas yang mana menyamai pungutan emas keseluruhan yang diperoleh kontinjen negara ketika kali terakhir muncul juara keseluruhan pada tahun 2011.
Kontinjen negara menghantar 844 atlet bagi muncul kontinjen terbesar dalam temasya kali ini yang mempertaruhkan 404 pingat emas keseluruhan.
Terdahulu, Fatehah Mustapa menghadiahkan pingat emas ke-110 apabila menundukkan rakan senegara, Farina Shawati Mohd Adnan dalam kedua-dua pusingan final acara pecut wanita.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment