Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan masih ditutup

No comments
Jambatan Sultan Yusuf yang menghubungkan Teluk Intan dan Sitiawan di Kilometer 8, Jalan Maharaja Lela di sini yang sepatutnya dibuka pada 28 Ogos masih ditutup untuk kerja penyenggaraan hingga tarikh yang akan diberitahu kelak.


Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, penutupan itu dibuat bagi kerja-kerja penyenggaraan komponen  jambatan yang masih lagi diteruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama pihak kontraktor.

Menurut beliau, papan tanda jalan alternatif telah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005) manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felcra Changkat Lada (A266)
Sehubungan itu, beliau meminta pengguna supaya terus bersabar dan mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yang telah disediakan di jalan-jalan yang terlibat.
Katanya, JKR akan membuat keputusan selepas mendapat laporan dan pandangan daripada pihak forensik sama ada untuk memperbaiki keadaan dengan menutup keseluruhan jambatan ataupun penutupan satu lorong sahaja.

No comments :

Post a Comment