Sukan Sea 2017: Haziq Naqli beri gol kemenangan kepada Thailand

No comments
Thailand kekal Pemenang Emas bagi Sukan Bola Sepak di Sukan Sea 2017


Hajat skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara untuk mengulangi pencapaian memenangi pingat emas temasya Sukan SEA 2011 tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada Thailand pada final di Stadium Shah Alam, malam tadi.


Thailand terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-39 apabila penjaga gol Malaysia, Haziq Nadzli melakukan kesilapan tertumbuk bola sepakan sudut Sasalak Haiprakhon ke gawang sendiri.

Lapan minit selepas bersambung babak kedua, Adam menjadi penyelamat pintu gawang Malaysia daripada dibolosi buat kali kedua apabila kuisannya berjaya menyelamatkan percubaan jarak dekat Worachit Kanitsribumphen ketika Haziq sudah keluar dari posisi.
Anak buah Kim Swee dilihat menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan dengan beberapa gerakan dan peluang terbaik mereka muncul pada minit ke-78 menerusi rembatan Syazwan Andik Mohd Ishak yang sedikit tersasar di penjuru kiri pintu gol.
Biarpun bertungkus lumus mencari gol penyamaan, namun Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan apabila gagal memecahkan kebuntuan jaringan hingga wisel penamat.
Jangan salahkan Haziq

Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee enggan menyalahkan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli yang menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan dan pingat emas buat Thailand pada final Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi


"Ia situasi sukar buat Haziq, dan kesilapan itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemain. Kita tak boleh menyalahkan dia, dia masih muda dan masih belajar lagi," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
Kekalahan itu seakan mengulangi tragedi 2001 di mana Malaysia tewas dengan keputusan sama apabila kesilapan penjaga gol Kamaruzaman Hassan menghadiahkan kemenangan buat skuad Gajah Perang di venue yang sama.
Malah kegagalan memenangi ibu segala emas itu meneruskan penantian Malaysia selepas kali terakhir skuad kendalian Kim Swee muncul juara di Jakarta 2011.
Meskipun Thailand memperlihatkan penguasaan pada babak pertama, mereka masih sukar untuk menembusi gawang pasukan tuan rumah sehinggalah kesilapan Haziq ketika cuba menumbuk keluar bola sepakan sudut Sasalak Haiprakhon.
Gol sendiri itu sudah cukup memalit derita buat anak buah Kim Swee yang cuba bangkit pada separuh masa kedua, namun sukar untuk menembusi benteng Thailand.

No comments :

Post a Comment