Sukan Sea 2017 : KJ dan kawan-kawan menang emas
Skuad Ekuestrian Polo Negara menepati ramalan apabila menang emas selepas merakam kemenangan tipis ke atas Thailand 9-8 dalam aksi final Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Ekuestrian Putrajaya, hari ini.
Skuad Malaysia diketuai Shaik Reismann Mohamed Ismail bermula garang melakukan serangan bertali arus ke kubu Thailand sebaik sahaja perlawanan dimulakan.
Usaha skuad Malaysia membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan tiga gol menerusi Mohd Zulhelmie Nadzar, Abdul Rashid Hasnan dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman pada chakka pertama, manakala Thailand memperoleh satu gol menerusi Nattapong Pratumlee.
Pasukan Malaysia menambah satu lagi gol sebelum Thailand cuba bangkit dengan menyamakan kedudukan menjadi 4-4 pada Chakka kedua.
Skuad kebangsaan bangkit menambah tiga lagi gol membolehkan Malaysia mendahului Thailand 7-4 pada Chakka ketiga.
Kedua-dua pasukan berbalas serangan sehingga Malaysia mencapai kemenangan tipis 9-8 menewaskan Thailand selepas tamat perlawanan pada Chakka keempat.
Khairy gembira kejayaan itu sedikit sebanyak menyumbang sedikit usaha membantu Malaysia merangkul pingat emas dalam acara polo.
“Sebelum ini saya meletakkan sasaran bahawa acara polo akan menyumbangkan satu pingat emas di KL2017.
“Saya dapat merasai perasaan berbeza apabila dikalungkan pingat emas oleh Sultan Selangor. Saya berharap kontinjen Malaysia dapat mengekalkan momentum untuk memungut sebanyak mungkin pingat emas,” katanya.
Sumber : BH
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment