Morten Frost Angkat Kaki dari BAM
Ketika pengganti Dato Lee Choong Wei masih belum ditemui, Morten Frost pula angkat kaki dari BAM.
Morten Frost meletak jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Legenda Denmark itu disahkan telah menghantar surat peletakan jawatannya pada 11 September lalu atas sebab peribadi.
"Morten telah letak jawatan. Kami menerima keputusannya.
"Kami menyelesaikannya dengan cara baik. Kami berterima kasih di atas apa yang telah dilakukannya dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CNT).
Menurut Norza, jurulatih berusia 59 tahun dari Denmark itu menyerahkan surat peletakan jawatan pada Isnin (11 September), dengan menyatakan alasan masalah peribadi.
Frost menyertai Malaysia pada 2015 dan kontraknya hanya akan tamat pada 2021. Namun beliau dilaporkan tertekan susulan prestasi hambar skuad negara tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment