Abang Allahyarham Ustaz Yusuf (Warden DQ Ittifaqiyah) maafkan pesalah
“KAMI sudah memaafkan mereka dan sekiranya diberi peluang saya ingin berjumpa tujuh remaja itu namun bukan untuk memarahi mereka sebaliknya untuk memberi nasihat.”
Begitulah kata Nor Azam Md, 42, abang kepada Warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Yusuf Md, 26, yang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz itu, Khamis lalu.
Menurut Nor Azam, dia mendapat tahu berita penahanan tujuh remaja itu melalui media sosial sebelum memperoleh kepastian melalui sidang media diadakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, semalam.
Katanya, dia sudah mengesyaki berlakunya perbuatan khianat dalam kejadian itu ketika melawat lokasi kejadian namun tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
"Perasaan syak saya akhirnya terjawab dengan berita penahanan tujuh remaja itu dan bagi saya serta ahli keluarga sudah memaafkan remaja itu kerana mungkin mereka hanya hendak menakutkan serta gertak sahaja.
"Saya rasa mereka tiada ada niat untuk melakukan perkara itu sampai ke tahap ini namun mereka tersilap langkah dan saya selaku waris memaafkan mereka serta berharap dijadikan pengajaran kepada remaja yang lain.
"Jika diberi peluang berjumpa dengan remaja terbabit ,saya ingin berjumpa mereka untuk memberi nasihat kepada mereka bukannya untuk memarahi mereka kerana mereka belum lagi matang dalam membuat keputusan," katanya ketika ditemui selepas majlis tahlil di rumah ibunya, Saadiah Othman, 64, di FELDA Besout 4, Sungkai, hari ini.
Sumber : HMETRO
Admin : Moga ALLAH mengurniakan keampunan dan darjah tertinggi kepada semua mangsa. ALFATIHAH
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment