Warga Besout 4 selamat dikebumikan (Mangsa Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah)

No comments
JENAZAH Allahyarham Mohd Yusuf Md, 26, tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang terkorban dalam tragedi kebakaran awal pagi semalam selamat dikebumikan di kampung halamannya di Felda Gunung Besout 4, Sungkai jam 9.45 malam tadi.

Foto : HMetro

Solat jenazah diimamkan abang ipar arwah sendiri, Khairul Fahmi Daud yang turut membaca bacaan talkin dan doa sehingga pengebumian selesai.

Keluarga dan penduduk setempat menanti ketibaan jenazah sejak petang lagi dan sebaik tiba jam 8.40 malam diiringi beberapa ahli keluarga terdekat termasuk ibunya Saadiah Othman, 62, jenazah Mohd Yusuf terus dibawa ke Masjid Assalamuddin Felda Gunung Besout 4 untuk disembahyangkan.
Difahamkan van yang membawa jenazah dengan diiringi beberapa ahli keluarga bertolak dari Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 6 petang tadi selepas selesai proses bedah siasat, padanan DNA serta pengecaman sebelum dimandi, dikafan dan disembahyangkan di hospital berkenaan bersama 22 jenazah lain yang turut terkorban dalam tragedi itu.

Selepas selesai disembahyangkan sekali lagi di sini oleh kira-kira 300 jemaah termasuk ahli keluarga dan penduduk setempat, jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Felda Gunung Besout 4 untuk dikebumikan.
Allahyarham Ustaz Mohd Yusuf
Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur jam 5.15 pagi semalam mengorbankan nyawa 21 pelajar dan dua tenaga pengajar termasuk arwah Mohd Yusuf yang juga warden dan sudah bersama pusat tahfiz berkenaan sejak berusia 15 tahun.

No comments :

Post a Comment