Ekonomi : Tawar Menawar dengan yang miskin? Aduhai, malunya....
(Ekonomi / Muamalah)Kita masuk mall/market/pasaraya tak pernah minta kurang dari cashier. Tapi dengan peruncit tepi jalan, penjual kuih tepi jalan, pun kita masih hendak tawar-menawar.
Moga kita jadi manusia yang pemurah, yang Tuhan suka, yang orang suka.
Kanak - Kanak : Menilai pencapaian anak di tadika. Ada caranya
(Kanak - kanak)
BAGAIMANA MENGUKUR PENCAPAIAN ANAK DITADIKA.
BAGAIMANA MENGUKUR PENCAPAIAN ANAK DITADIKA.
Sudah hampir sebulan anak-anak kita ditadika.. mesti pelbagai persoalan bermain difikiran ibubapa... apa mereka belajar? Apa mereka buat ditadika? Bila balik ditanya.... jawapan mereka, tak belajar.... kita orang nyanyi, makan, main.... nyanyi, makan, main.... alamak!!!!... bayar beratus-ratus takkan itu jer yang anak kita buat kat tadika!!!!... Ini tak boleh jadi.... sepatutnya mereka dah boleh kenal A sampai Z atau mengira 1 sampai 100... tak pun mesti sekurang-kurangnya dah boleh baca sukukata gitu... Pasti ada sebahagian ibubapa yang mula risau apa yang anak-anak kita belajar terutama ibubapa yang tiada pengalaman menghantar anak ke tadika atau anak pertama baru bersekolah.
Untuk pengetahuan ibubapa sekelian, corak pembelajaran dan pengajaran ditadika adalah berbeza sama sekali dengan corak pembelajaran formal disekolah. Lebih-lebih lagi diawal persekolahan ini apa yang ibubapa boleh ukur lebih kepada perkembangan emosi dan akhlak mereka. Adakah mereka sudah mula ceria ke tadika atau masih menangis?. Adakah mereka sudah mula ada kawan atau masih terpinga-pinga seorang diri disatu sudut bila berada ditadika?. Adakah mereka sudah mula boleh berkongsi barang-barang permainan atau masih suka merampas barang permainan dari rakan sekelas mereka? Adakah mereka sudah boleh mengikut peraturan yang diperuntukan atau masih ikut suka hati atau ikut rasa apa mereka hendak buat?. Adakah mereka boleh bersabar dan bertolak ansur apabila berada didalam barisan atau ketika menunggu giliran. Pencapaian ini harus diukur terlebih dahulu pada ketika ini.
Sekiranya 3 Januari 2017 hari itu mereka datang ke tadika meraung, menangis, berguling, meronta... tetapi hari ini mereka turun dari kereta dengan rasa teruja dan gembira, itu adalah satu pencapaian!
Jika 2 minggu lepas tiada apa-apa cerita yang dibawa pulang ke rumah untuk bercerita tapi hari ini mulut mugilnya tak berhenti-henti berkicau menceritakan perihal kawan-kawan sekelasnya atau guru-guru mereka.... itu adalah satu petanda yang baik!.
Jika ada anak yang masih menangis ke tadika sehingga hari ini, bukan bermakna dia tidak mencapai sesuatu tetapi dia dalam proses menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran yang asing baginya dan mengambil sedikit masa untuk itu. Beri mereka masa dan peluang dan jangan sekali-kali menyerah kalah pada mereka.
Sistem pentaksiran ditadika yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan : sudah menguasai, sedang menguasai dan belum menguasai. Di tadika tiada keputusan dalam ‘ranking ’ A atau B atau C atau D atau E dalam buku kerja anak-anak. Begitu juga kedudukan 1,2 atau 3 dan juga peratus. Ditadika belum boleh diukur kedudukan anak-anak berdasarkan nombor atau peratus kerana peperiksaan menggunakan kertas dan pensel TIDAK DIIKTIRAF ditadika!!!.
Salah satu konsep yang relevan dengan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan anak ditadika adalah konsep Developmentally Appropriate Practice (DAP) atau dalam bahasa melayu bererti ”Pendidikan yang patut/ sesuai dengan tahapan perkembangan anak serta umur mereka".
Berbanggalah jika anak-anak kita gembira ke tadika... suka belajar apa sahaja... ramai kawan-kawan... suka menolong kawan... bila beli makanan... mesti minta belikan kawannya satu...oohhhh itu sangat menarik dan nilai yang baik dalam diri mereka yang tidak boleh diajar dalam buku.
Dalam diri setiap anak-anak kita memang sudah ada ciri-ciri yang baik.. mereka memang berpotensi untuk jadi baik.. jom kita sama-sama gilap potensi mereka untuk mereka terus cemerlang bukan hanya dalam bidang akademik tetapi juga dalam pembentukan sahsiah dan jati diri mereka.
Semoga ibubapa semua bersabar dan tabah dalam membesarkan anak-anak. Janganlah semua nak disegerakan!!!...nak cepat baca... nak cepat tulis... takut-takut nanti anak kita cepat bosan untuk belajar bila tiba masanya. Wallahu’alam.
Sumber : IBU ZARAH
Teknologi -Nokia kembali; Kali ini dengan bateri tahan 1 bulan. KO ADA?
(Teknologi)
Sebelum kemunculan pelbagai Telepon Android yang banyak makan bateri, siapa kah tak kenal jenama Nokia. Dengan pelbagai aplikasi yang basic, ia mampu bertahan 2-3 hari.
Kini, ia kembali dengan NOKIA 150 yang mana dilesenkan kepada HMD Global. Sebuah syarikat telekomunikasi dari Finland.
Mengikut maklumat daripada website Nokia, telefon ini mempunyai jangka hayat bateri yang hebat yang mana mampu bertahan sehingga 25 hari siap sedia pada telefon bimbit SIM dual - dan 31 hari pada model SIM tunggal.
Menarik lagi, Nokia 150 juga tersedia dalam dua pilihan iaitu single sim dan dual sim dan dilengkapi dengan kawalan keypad klasik, skrin 2.4 inci, Bluetooth 3.0, dan juga pemain radio dan MP3.
Di Malaysia, ia ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih, serta dijual pada harga RM159 sahaja
Untuk lebih info, layari NOKIA.COM
Dunia : Apa anda akan buat kalau tetibe dapat RM780 juta?
(Dunia) Baca macam tak logik, tapi ini kisah benar dari China.
HUNAN - CHINA. Lelaki ini tidak pernah bermimpi untuk menjadi jutawan. Tetapi bagaimana kalau wang sebanyak RM780 juta secara tiba-tiba masuk ke dalam akaun simpanan. Apakah dia akan menyerahkan semula kepada bank ataupun terus membelanjakan sehingga habis?
Ini 200 yuan beliau dapat sebagai saguhati
Inilah 'durian runtuh' yang diterima oleh lelaki ini dikenali sebagai Liu sebaik sahaja memohon kad kredit baharu di sebuah bank pertanian di Changsha, Hunan, pada jam 3 petang, Ahad lalu.
Ketika dalam perjalanan pulang dari bank tersebut, Liu menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank menyatakan wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan (RM780 juta) telah secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun simpanannya.
Kira-kira 6 petang, Liu kembali semula ke kaunter bank dan kemunculannya memang melegakan pegawai bank kerana ia berpunca daripada kesilapan kakitangan bank sendiri.
Rupa-rupanya 1212405360 adalah nombor akaun bank Liu tetapi atas kecuaian kakitangan bank, nombor itu telah dikreditkan ke dalam akaun simpanannya sehingga menjadi 1,212,405,360 Yuan.
Liu mengakui walaupun hanya tiga jam, tetapi tempoh tersebut sukar dilupakannya kerana inilah kali pertama dia menjadi 'jutawan' sepanjang hayatnya.
Atas kerjasama yang diberikan, Liu diberikan 'ang pau' sebanyak 200 Yuan (RM130) sebagai sagu hati oleh pihak bank.
Difahamkan, kakitangan bank yang menguruskan transaksi tersebut adalah kakitangan baharu yang masih belum mahir mengendalikan kerja yang diberikan kepadanya.
Sumber : Sinar Harian
------------------------
Bagi penulis, kejujuran ini yang sangat mahal. Lebih mahal daripada 780 Juta yang beliau perolehi.
Sejarah : Nasib Kapsul Masa Che Det Tahun 2020.....
(Sejarah)
Semua orang sedia maklum, bahawa Che Det (Tun Dr Mahathir Mohamad) kini sudah menjadi Pengerusi PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Apa yang kini diasaskan oleh Che Det cuba dihapuskan daripada lipatan sejarah.
Semua orang sedia maklum, bahawa Che Det (Tun Dr Mahathir Mohamad) kini sudah menjadi Pengerusi PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Apa yang kini diasaskan oleh Che Det cuba dihapuskan daripada lipatan sejarah.
Malah Wawasan 2020 kini ditukar kepada Transformasi 2050.
Samada benar Wawasan 2020 sudah berkubur kita biarkan kepada 'kebijaksanaan' pemimpin sedia ada.
Gambar Dipetik daripada Filem Kapsul
Cuma, yang penulis ingin bangkitkan; Bagaimana nasib Kapsul Masa yang ditanam oleh Che Det di bawah Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2?
Adakah ia tetap akan dibuka apabila menjelang 2020, atau ia kekal disitu rentetan daripada keberadaan Che Det dalam barisan pembangkang.
Semoga kerajaan dapat membezakan antara 'perbezaan politik' dan 'bahan bersejarah'
Sukan : Keren Sungguh. Next Taufik Hidayat. Itulah Anthony Sinisuka GINTING
Sukan : Berjaya mengalahkan Lee Dong Keun ketika Piala Thomas. Pada masa itu beliau hanya berumur 19 tahun. Kini beliau berumur 20 tahun dan menduduki ranking 40 di BWFTidak mustahil suatu hari nanti bakal menyinar di arena badminton antarabangsa mengantikan Taufik Hidayat untuk Indonesia.
Malaysia?? Masih tercari-cari pengganti Dato Lee Chong Wei
Infomasi : Kad MyDebit kita selamat. Baca lah
(Infomasi) Kad My Debit kita selamat. Ini jaminan Bank Negara
Berhubung dengan laporan media tentang ‘electronic pick-pocketing’ bagi kad tanpa sentuhan,
Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa laporan ini adalah tidak benar.
Kad tanpa sentuhan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan:
(a) Cip pada kad yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.
(b) Bagi transaksi dalam talian, pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan urus niaga (transaction authorisation code, TAC) yang dihantar kepada telefon mudah alih mereka.
(c) Maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara ‘electronic pick-pocketing’
Dengan adanya ciri-ciri keselamatan ini, kad tidak boleh diklon atau digunakan oleh individu tertentu untuk transaksi yang tidak dibenarkan.
Pemegang kad dinasihati untuk melindungi kad pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa.
Pemegang kad perlu memaklumkan kepada bank pengeluar kad dengan segera sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka terdedah atau mereka menyedari apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.
Bank Negara Malaysia
18 January 2017
Bisnes : Yahoo! akan bertukar nama.
(Bisnes / Teknologi) Yahoo! akan bertukar nama selepas perjanjian jualan kepada Verizon Communications Inc dilaksanakan.
Nama barunya adalah Altaba Inc dan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Marissa Mayer akan meletak jawatan daripada lembaga pengarah.
Dalam perjanjian itu, Yahoo akan menjual perniagaan Internet terasnya termasuk pengiklanan digital, e-mail dan aset media kepada Verizon dengan harga AS$4.83 bilion (RM21.6 bilion).
Namun, syarat perjanjian boleh dipinda atau transaksi mungkin dibatalkan selepas Yahoo mendedahkan dua godaman data berasingan yang melibatkan kira-kira 500 juta akaun pelanggan bagi kejadian pertama dan lebih daripada satu bilion akaun dalam kejadian kedua.
Eksekutif Verizon berkata, walaupun mereka masih menganggap jualan itu sesuai dan stategik, godaman itu sedang disiasat.
Lima ahli lembaga pengarah lain turut akan letak jawatan, menurut Yahoo dalam makluman peraturan pada Isnin.
Ahli lembaga pengarah lain akan berkhidmat dengan Altaba, syarikat pemegangan dengan aset utama termasuk pegangan 15 peratus dalam syarikat e-dagang China, Alibaba Group Holding Ltd dan 35.5 peratus bagi Yahoo Jepun.
Syarikat baru itu turut mengumumkan Eric Brandt sebagai pengerusi lembaga pengarah berkuat kuasa semalam.
Sumber : HMetro
Nasihat - Kuasa Bersedekah. Semoga kita jadi orang yang suka bersedekah. BACALAH
(Nasihat)
Bila saya dapat tahu suami saya diberhentikan kerja, saya diam, rasa down sangat-sangat, saya hilang punca. Suami saya tak tahu yang saya menangis dalam bilik air."
Itulah luahan rasa seorang wanita yang saya temui.
Bayangkan, suaminya berpendapatan RM6 K sebulan. Dan lebih tragis, wanita itu tidak bekerja, hanya seorang suri rumah sepenuh masa.
Dan wanita itu berterus-terang kepada saya, tanpa malu.
Sejak berkahwin dengan suaminya 8 tahun yang lalu. Dia hanya bersolat ikut suka.
Biasanya sembahyang hanya dibuat bila berada dirumah mak mertua.
Suaminya juga begitu.
Cukup sebulan suaminya menganggur. Satu hari jirannya mengajaknya menghadiri kelas membuat kek.
Mulanya wanita itu keberatan.
Tetapi setelah dipujuk, akhirnya dia mengalah.
"Bila saya buat cup cakes, penyelia kata 'tangan' saya memang handal dan menjadi."
Bila pulang. Dia berusaha membuat cup cakes untuk dimakan oleh keluarga. Semuanya memuji keenakan cup cakes yang dibuatnya.
Dengan izin dari beberapa kedai sahabat sekampong. Wanita itu meletakkan cup cake nya di kedai mereka.
Namun, tidak tahu dimana silapnya. Jualan tidak memberangsangkan.
Hampir 3 bulan cup cake diletakkan di beberapa kedai. Paling menghampakan, untung tidak seberapa malahan ada yang langsung tak pulang modal.
"Saya sungguh kecewa, saya menangis di bahu sahabat saya."
Duit simpanan mereka semakin susut.
Satu hari, beliau menghadiri majlis hari jadi anak saudaranya (anak kakaknya). Kakaknya turut membuat pesanan untuk 30 biji cup cake.
Sewaktu berada di rumah kakaknya, ibunya ada bersama. "Engkau dah sembahyang Zohor ke belum?" tanya ibunya dengan mata terjegil.
Mahu tak mahu, beliau bergegas mengambil wuduk dan bersolat.
"Selepas memberi salam, saya terpandang sebuah buku yang bertajuk Aku, Dia & Rezeki, yang terletak dalam rak kecil di tepi bilik."
Buku diambil, dibaca.
"Tiba-tiba saya jadi ketagih, saya rasa terpukul, saya rasa perasaan saya bercampur-baur, saya termenung ... YA ALLAH."
Pintu terkuak sedikit. Rupanya kakaknya mahu masuk.
"Nah." kakaknya menyerahkan sejumlah wang untuk cup cake yang dipesan.
Wanita itu keberatan. Kali ini dia sudah nekad.
"Kak, saya sedekahkan cup cake tu, buat hadiah hari jadi Fatin."
"Ya ALLAH, cepat sungguh ALLAH balas!" luah kakaknya dengan begitu terharu.
Wanita itu terpinga-pinga. "Kenapa kak?"
"Tadi, akak sedekahkan RM5 kepada India yang kutip sampah di belakang rumah ... sekarang engkau pula hadiahkan kami dengan cup cake, ALHAMDULILLAH, murah rezeki engkau dik!"
Telekung dibuka dan mereka berdua keluar dari bilik untuk meraikan hari jadi Fatin.
Hampir menjelang Maghrib. Tetamu semakin reda.
Sewaktu hendak pulang. Kakaknya menerima panggilan dari seseorang.
Sebaik panggilan ditamatkan. Kakaknya memanggil wanita itu.
"Dik, tadi kawan akak call, dia tak sempat nak tanya waktu makan, dia nak order cup cake dari engkau...." dedah kakaknya.
Sambil lewa wanita itu bertanya. "Berapa banyak kawan akak nak?"
"Dia kata nak 500 biji, dia juga nak nombor akaun engkau, dia nak bayar pendahuluan." wanita itu gugup mendengar kata-kata kakaknya.
"Abang Long, demi ALLAH, saya jadi tak tentu arah waktu itu ..." kali ini wanita itu ketawa dalam sendu.
"Sampai hari ini, saya tak pernah berhenti proses buat cup cake, dan banyak juga tempahan yang terpaksa ditolak ... dan sampai hari ini, saya tak pernah miss untuk BERSEDEKAH!" Wanita itu mengakhiri kisahnya dengan renungan yang amat jauh, memandang masa depan yang sungguh cerah, insyaAllah.
TAHNIAH kepada puan!
Saya doakan semoga bisnes puan terus sukses ! AMIN.
Sumber : Feroz Zaini
Sukan - Fifa Puskas Award 2016 : Mohd Faiz Subri
(Sukan / Bola Sepak)
Akhirnya, debaran rakyat Malaysia berakhir sudah. Mohd Faiz Subri dinobat Pemenang Fifa Fuskas Award 2016 yang disampaikan oleh Ronaldo.
Beliau memperolehi 59.46% undian dari seluruh dunia, berbanding saingan terdekat Marlone yang hanya memperolehi 22.86% undian
Walaupun aksi spontan beliau melihat handphone untuk membaca teks ucapan mengundang gelak ramai, yang penting beliau berani untuk menyampaikan sedikit ucapan di hadapan publik yang cukup asing bagi pemain Malaysia.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk beliau lebih Berjaya
Sukan : Semangat Kesukanan Sangat Tinggi Dari Juara Olimpik-LIN DAN
(Sukan)
Line Judge dah bagi 'out', then dia cabar sendiri keputusan Line Judge.
Natijah, Line Judge terkhilaf dan lawan dapat mata.
Nasihat : Buat baik dengan Ibu Bapa, returnnya PASTI!!! Baca lah
(Nasihat / Agama)Buat baik dengan Ibu Bapa, pulangannya PASTI!!!
Duit untuk mak."Polis tu tepis!" bersungguh dia bercerita
Berapa sangat gaji pemandu bas. Kalau rajin, kejar trip, insyaAllah, bolehlah balik kampong kerap sikit.Begitulah luahan pemandu bas ekspress sepanjang perjalanan, berkongsi kisah suka dan duka."Prinsip hidup saya, dapat gaji, mesti bagi pada mak dulu. InsyaAllah, hidup kita berkat." sambil dia menukar gear. Serentak dia memandang cermin sisi, kiri dan kanan.
Selama dia bekerja sebagai pemandu bas ekspress. Dia tidak pernah memberikan duit bonus kepada ibunya."Sekali tu, syarikat bagi bonus 3 bulan gaji. Waktu itu memang saya hendak pakai sangat duit. Kalau awak masih ingat kejadian ribut melanda Kedah, rumah saya separuh rosak."Saya hanya menangguk, sejujurnya saya hanya ingat sediikit sahaja kisah itu.
"Waktu itu juga mak saya tanya kalau saya ada duit sikit, dia nak pergi ke Siam, nak ziarah saudara mara yang dah berpuluh tahun tak tengok.""Saya memang serba salah, nak bagi duit bonus kat mak atau nak repair rumah."Bila dibuat perbincangan. Isterinya menasihati agar duit itu diberikan kepada ibunya.
Sewaktu sedang bekerja beberapa hari selepas itu. Fikirannya agak berserabut dari mana nak cari wang untuk membaiki rumah.Satu pagi, sebaik dia menghabiskan kerja, sekembalinya dari Singapura. Taukehnya memanggil. Bertanyakan samada dia boleh bawa bas persiaran.Kerana dia memang ada pengalaman membawa bas persiaran di Singapura.Dan beliau dipinjamkan ke sebuah syarikat lain.
Sedang beliau memandu bas persiaran dalam Singapura. Dengan secara tidak sengaja, beliau tertekan pedal minyak, kakinya macam tegang, sedangkan waktu itu lampu merah."Sekelip mata, banyak kereta yang berhenti. Polis trafik terus menahan saya. Apa alasan saya nak bagi... memang confirm kena saman."Saya memandang wajah pemandu dengan rasa simpati."Tetapi ... kuasa ALLAH. Sebaik saya buka pintu bas, saya tak tahu dari mana datangnya 2 ekor tebuan, terbang keluar dari tempat duduk saya. Polis itu pun terkejut dan cuba mengelak.""Bila tebuan itu terbang, Polis itu hanya mampu menggelengkan kepala.""Are you ok Sir!" tanya Pegawai Polis itu dengan wajah serius.Mereka menyangka yang tebuan itu masuk ke dalam bas dan mengaanggu kami. Pegawai Polis itu terus melepaskan saya tanpa berkata apa-apa."Saya punya rasa lega yang teramat sangat, kalau kena saman .... entahlah."
Rupanya rezeki pemandu itu masih belum mengalir.Sebaik sahaja beliau menamatkan tugasan. Ramai pelancong yang gembira dan memberikan wang tips."Ada yang bagi dollar Singapor, US dollar. Balik saya kira, bukan setakat boleh repair rumah, saya boleh beli basikal untuk anak saya ke sekolah!""ALLAHU AKBAR!" lafaznya berkali-kali..
Abang Long.
Sudah berpuluh tahun tak dapat bonus.
FreeKick Faiz Subri adalah Kesan Magnus : Syed Yusainee
FreeKick Faiz Subri adalah Kesan Magnus : Syed Yusainee
Aku sebenarnya dah lama tak layan FB ni sebab rasa nak muntah menengoknya.
Tapi free kick yang Faiz Subri buat tu memang awesome!. Respen bro. Satu dunia dagu orang jatuh tu...bang!..bang!..bang!!..Sekarang sudah boleh padam Roberto tu punya free kick tahun 1997.
Kalau kita bandingkan memang clear free kick yang Faiz buat tu lebih sharp curvenya. Tak percaya boleh tengok balik klip video Roberto dan Faiz tu. Faiz punya kick lebih tinggi. Senang2 boleh bertahan 20 tahun lagi rekod ni !
Jadi sudah ada orang tanya apa fiziknya? Jadi mari aku terangkan sikit2 dalam bahasa orang faham. Ini apa yang disebut KESAN MAGNUS. Apabila kita ada objek bulat yang berpusing akan ada perbezaan daya disekeliling objek itu. Kalu korang dah tak ada apa nak fikir lagi maka boleh tengok rajah yang ada dalam posting ni.
Perbezaan daya ini akan mengubah pergerakan objek itu semasa bergerak di udara. Alaahh..siapa rajin main ping-pong kan selalu pukul serong..nak bagi bola spin (berpusing) katanya. Bila bola ping-pong tu spin kan melengkung perginya!!
Cuma satu..KESAN MAGNUS ni hanya obvious pada objek bulat yang ringan tapi dalam kes free kick Faiz tu..aku kena tabik la!!... Nak tau kenapa..haa..kena terus baca la.
Apabila Faiz menendang boleh itu kita boleh lihat sendiri memang dia tendang serong bukan tonjol macam budak sekolah rendah punya tendangan. Powernya MESTI..MESTI..MESTI cukup kuat. Ini SANGAT2 PENTING. Korang sendiri boleh tengok berapa kuat Roberto tendang tahun 1997 tu. Terangkat kaki bhai!! Kalu ko tendang macam nak gubah bunga tidak la jadi MAGNUS EFFECTnya tu!!
Bila power cukup pada angle yang betul barulah tendangan akan memusingkan bola itu pada kelajuan putaran yang create enough force untuk melencungkan bola itu. Ok cukup la tu.
Physics is everywhere. Memang Cool!
Moga pemergian Faiz Subri ke Zurich mendatangkan ceria kepada MALAYSIA
Ekonomi : Shahrir Abdul Samad ke FELDA, Isa Samad kekal di FGVH
(Berita / Ekonomi)
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melantik Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi baharunya selaras hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan agensi itu.
Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi FELDA. Mohd Isa akan terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd, kata FELDA dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
"Di bawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka, dan perniagaan FELDA," kata FELDA. -
BERNAMA
Nasihat : Anak Menangis Bila Masuk Tadika/Sekolah. Jangan Panik. Jom BACA
(Nasihat) Anak Menangis Bila Masuk Tadika/Sekolah. Jangan Panik.
Ada sebabnya, ada penyelesaian
JOM BACA
Sumber : IBU ZARAH
Bismillah....
Semalam hari pertama anak-anak ke tadika... ada yang cool jer... memang dia tunggu-tungu nak ke tadika.. dah rindu dengan teacher katanya... ada yang dah lama cuti.. lemau sikit mood mereka kerana pagi-pagi dah kena kejut bangun tidur.. dah lama sedap tidur sampai siang, hari ni pepagi dah kena mandi... ada yang mula bergenang airmata dan ada yang dah meraung tak mahu lepas tangan ayah bunda....
Senario ini berlaku saban tahun... bagi kami guru-guru di tadika seluruh dunia, anak-anak yang menangis adalah hiburan bagi kami... kalau hari pertama ada anak yang tidak menangis kami akan pelik dan hairan.
KENAPA anak saya jer yang nangis, anak orang okay??? Soalan ini biasanya bermain difikiran ibu ayah bila melihat anak orang lain tenang jer.... Jangan risau...
Mari kita selami perasaan anak-anak....
Kanak-kanak juga ada kerisauan mereka. Pertama sekali mereka belum percaya kepada sesiapa selain dari ibu, ayah, atuk, nenek dan mungkin pengasuh atau maid kita. Tiba2 mereka ditinggalkan dengan orang yang sangat asing bagi mereka, tempat yang agak asing dan ramai kanak-kanak pula. Mereka biasanya tinggal sendiri (anak sulung, anak tunggal, anak bongsu), sorang-sorang jer dan apa keperluan mereka akan dipenuhi segera.
Mereka risau macam mana keadaan mereka nanti.. kalau nak minum kat mana? nak pergi tandas macam mana? kalau lapar ada makanan tak? ibu dan ayah nak pergi mana? agaknya mereka nak gi jusco atau tesco kot? tinggalkan saya disini... pukul berapa nak balik ni? kalau ibu dan ayah tak ambil bagaimana? kena tidur sini ke? siapa nak jaga saya malam2? Oooooohhhhh.... susahnya hati saya!!!! itulah perasaan mereka apabila ditinggalkan... tetapi apabila sudah seminggu, sebulan mereka semakin percaya pada guru, percaya yang persekitaran selamat, percaya yang pergi tadika itu seronok dan menggembirakan, masalah menangis tiada lagi.
Apa yang ibubapa boleh lakukan... tinggalkan dengan guru tapi pastikan ambil dengan segera.... jangan hilangkan kepercayaannya.. berikan semangat dan katakan yang kita kagum dengan keberaniannya.
Untuk permulaan ini akan berlaku anak2 demam, malam2 mimpi menangis, selsema dan sebagainya, itu adalah biasa bagi permulaan minggu mereka di tadika. Jangan ingat anak kita sahaja yang menangis... dan bagi kami guru-guru yang telah berpengalaman... anak2 yang menangis ni biasanya keletah dan bijak.. yang penting ibubapa pun kena cool sama... kalau ibu atau ayah pun risau dan sama2 menangis.... lagi lamalah mereka tak settle down... Insya'Allah guru-guru akan membantu anak-anak tuan/puan semua...
Agama - 6 litre ke 775 ml ; ia juga Sunnah
(Agama / Sunnah)
Islam sangat melarang hambanya untuk berlebih-lebihan ataupun membazir walaupun ketika berwudu'.
Islam sangat melarang hambanya untuk berlebih-lebihan ataupun membazir walaupun ketika berwudu'.
Antara hadis nabi yang melarang umatnya membazir ketika berwudu adalah:-
Diriwayatkan bahawa Rasulullah ï·º pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda ï·º bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?” Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?” Baginda ï·º menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.”
(Hadis Riwayat Ahmad r.a.)
Berapa sukatan Rasullah gunakan untuk berwudu?
Secara purata, seseorang akan menggunakan 6 litre air untuk berwudu’ sedangkan Rasulullah hanya menggunakan 1 Mudd = 775 ml sahaja untuk berwudu’
Hadits Ummu Sa‘ad, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Satu mudd itu cukup untuk berwudhu’, sedangkan untuk mandi itu satu shaa’, dan akan datang sebuah kaum yang menganggap sedikit (ukuran) itu, maka mereka itu menyelisihi Sunnahku, sedangkan yang memegangi Sunnahku akan berada di Jannah Hadziiratul Qudus, yang menjadi tempat hiburannya penghuni Jannah
Dari 6 litre --> 775 ml (Ini juga SUNNAH)
Jom kita ubah!!!
Politik- Bakal Presiden USA, Baju Made in Mexico
(Politik / Dunia)
Antara manifesto beliau, membina kembali Amerika Syarikat. Tapi baju beliau sendiri Made in Mexico. Mungkin lepas ini, beliau akan memperbanyakkan koleksinya Made in USA pula.
Sama-sama kita tunggu
Ekonomi - 2017 : Kos sara hidup 'dijangka' meningkat
(Ekonomi)
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menjangkakan kos sara hidup pada tahun ini meningkat berikutan beberapa isu peningkatan harga barangan.Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu supaya ia tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian.“Apatah lagi, sebagaimana laporan persatuan majikan, mereka turut menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan. Jadi rakyat perlu bersedia,” katanya, semalam.Kelmarin, Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam menjangkakan harga runcit petrol RON95 dan diesel meningkat Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan pada Disember lalu.Mohd Yusof berkata, bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, kerajaan diharapkan dapat menangguhkan sebarang kenaikan harga barangan mahupun tarif perkhidmatan.“Biasanya apa yang dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup adalah dari segi peningkatan harga, tidak kiralah barangan atau perkhidmatan.“Pada 2016, keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang meleset, jadi kita harap kerajaan dapat mencari jalan menyelesaikan isu-isu yang sedang berlaku sekarang seperti nilai mata wang negara yang masih rendah.“Jika masalah ini dapat diatasi, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan rakyat,” katanya.Pada masa sama, rakyat dinasihatkan menguruskan hal kewangan dengan baik.“Apa juga pendapatan yang kita ada, ia harus digunakan dengan baik sebagai langkah bersiap sedia.“Rakyat perlu berbelanja secara bersederhana dengan hanya membeli barangan keperluan tertentu sahaja dan selebihnya disimpan kerana kita tidak dapat meramal apa yang berlaku pada masa akan datang,” katanya. Sumber : Sinar Harian
Admin -
Dijangka meningkat atau sudah meningkat?
Tepuk dada tanya poket kerana anda sendiri yang berbelanja.
Tepuk dada tanya poket kerana anda sendiri yang berbelanja.
Penyelesaian :-
1. Berjimat selagi mampu
2. Cari pendapatan kedua, ketiga
3. Hijrah ke tempat yang lain yang menawarkan kos sara hidup yang
rendah.(boleh ke?)
4. (Boleh tambah ikut pandangan)
Am - Lagi 3 Tahun, adakah impian menjadi nyata?
(Am)
Ada lagi 3 tahun menjelang 2020, adakah impian bakal menjadi realiti?
ATAU
Kita perlu menunggu sehingga 2050 pula.
Tepuk dada tanya selera. Kita sendiri yang tentukan!!!
Sumber : GAGS Malaysia
Nasihat : Pentingkan diri sendiri atau pentingkan hak orang lain juga?
(Nasihat)Sumber : Feroz
Untuk renungan kita bersama sempena Hari Pertama Persekolahan 2017
Selalunya sudut ini ramai yang terlepas pandang.PARKIR.Jika boleh. Dan semahu-mahunya, ibu bapa akan berusaha meletakkan kereta paling hampir dengan sekolah. Kalau boleh betul-betul depan pintu pagar sekolah.Dan yang kedua. Jika boleh. Dan semahu-mahunya ibu bapa mahu meletakkan kenderaan berdekatan sekolah.Mereka tidak kisah jika bertindih atau double par, malahan triple park pun mereka tidak peduli.Yang penting, kereta mereka dekat dengan pintu pagar sekolah.Kepujian saya berikan kepada beberapa sekolah yang menempatkan Pengawal Keselamatan yang tegas mengawal kelancaran trafik.Saya masih teringat dialog seorang bapa yang kepala angin. Beliau masih berkeras hendak meletakkan keretanya yang akan menyebabkan berlakunya double parking.Pengawal Keselamatan menjerkah. "You masukkan kereta you ke dalam sekolah, park tepi pintu kelas anak you sekarang!"Si bapa terkulat-kulat memandang Pengawal Keselamatan itu.Dipandunya kereta terus ke hujung jalan.Begitulah gelagat ibu bapa yang langsung tidak memikirkan hak orang lain...Abang Long.Bertahun hantar anak dengan motor.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment