Sejarah : Sejarah Punch Card di Malaysia
(Sejarah / Throwback)
Esok Hari Isnin, Punch CARD jangan Merah.
Tapi Siapa Yang Perkenalkan Punch Card di Malaysia??
Tapi Siapa Yang Perkenalkan Punch Card di Malaysia??
Sejarah yang ada perlu tahu tentang Punch Card di Malaysia
- Diperkenalkan semasa era dasar pandang ke timur pada tahun 1981 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
- Surat pekeliling dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia kepada semua pegawai kerajaan merujuk Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981.
- Bertujuan : -
- Menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi mereka
- Bagi menggantikan sistem mendaftar kedatangan dan kepulangan pegawai-pegawai dan kakitangan pejabat melalui sebuah buku daftar.
- Pengecualian :-
- Pejabat - pejabat kecil yang pegawai/kakitangannya tidak sampai 25 orang dan letaknya agak terpencil hingga mesin perakam waktu di pejabat lain tidak dapat digunakan
- Penambahbaikan melalui Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2004 - Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan.
- Kajian tentang Sistem Perakam Waktu di Era Che Det
Sumber : Jabatan Perdana Menteri & MAMPU
Biografi : Filem ‘Reis’ papar perjalanan kehidupan Recep Tayyip Erdogan
(Biografi / Dokumentari)
Filem baharu mengenai Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dijangka ditayangkan di panggung wayang beberapa minggu sebelum satu pungutan suara, April ini bertujuan meningkatkan kuasa Presiden.
Aktor terkenal Turki, Reha Beyoglu melakonkan watak pemimpin itu dalam filem 'Reis' yang bermaksud ketua.
Aktres Turki, Ozlem Balci memainkan watak isteri Erdogan, Emine sementara pelakon kanak-kanak, Batuhan Isik Gurel memegang watak beliau ketika kanak-kanak.
Ia memaparkan kehidupan beliau hingga 1999 yang bermula dengan zaman kanak-kanak di sebuah kawasan miskin di Istanbul sehingga peningkatannya menjadi Datuk Bandar.
Filem itu adalah yang pertama mengenai Erdogan, ia akan ditayangkan di seluruh Turki pada 3 Mac depan sebelum penduduk negara itu mengundi untuk meluluskan kuasa eksekutif Presiden pada 16 April.
Beyoglu yang hampir menyerupai Erdogan ketika muda, menyampaikan satu mesej ringkas dalam sedutan filem itu, termasuk "Kita mati hanya sekali, jika mati biarlah sebagai lelaki!"
Minggu ini, aktor itu memaklumkan stesen penyiaran Kanal D bahawa beliau berbangga kerana Erdogan boleh melihat dirinya ketika muda.
Bagi pengarah filem, Hudaverdi Yavuz, beliau mahu memaparkan kehidupan pemimpin negara itu kerana ia amat menarik dan tajuk filem itu sendiri berasal daripada bagaimana beliau mula dikenali.
"Ketika beliau terpilih kepada Datuk Bandar Istanbul, rakyat secara automatik memanggil beliau ketua sebagaimana kawan kanak-kanak dan kenalan yang turut menggelar beliau sedemikian," katanya. - AFP
Sukan : Akhirnya, Claudio Ranieri dipecat
(Sukan)
Sumber : ASTRO AWANI
Akhirnya selepas 9 bulan membawa kejayaan meraih gelaran juara EPL kepada Leicester City, Claudio Ranieri dipecat.
Pemecatan itu disahkan oleh pasukan tersebut awal pagi tadi.
Berita itu juga diumumkan sehari selepas Leicester tewas kepada Sevilla (1-2) pada aksi pertama 16 terbaik Liga Juara di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.
Berasal dari Italy, Claudio merupakan tulang belakang kepada kejayaan Liga Perdana Inggeris oleh Leicester City pada tahun lepas.
The Foxes meraih kejayaan terhebat dalam sejarah 133 tahun apabila mereka dinobatkan sebagai juara England buat kali pertamanya.
Beliau juga diiktirafkan sebagai ‘Pengurus Terbaik’ oleh FIFA bulan lalu.
Ia difahamkan bahawa penolong pengurus Craig Shakespeare dan jurulatih pasukan Mike Stowell akan mengambil alih tugas Claudio sehingga pengurus baru dilantik.
Claudio mula bertugas selaku pengurus City pada Julai 2015.
Sementara itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan bola sepak itu.
Rata-rata netizen menyifatkan Leicester City sebagai ‘pengkhianat’ dan tidak mengenang jasa pengurusnya.
P/S : Tapi itulah bolasepak.
Pendapat : 10 SYOR Langkah Menstruktur Semula Jawatan Eksekutif Kerajaan
(Pendapat)
Pemuda AMANAH Kapar, Selangor mencadangkan agar pihak kerajaan memansuhkan jawatan Menteri I dan Menteri II seperti yang wujud dalam Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri sebagai langkah menstruktur semula jawatan eksekutif dan bukan membuang penjawat awam.
Selain itu, tegas Setiausahanya, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar, bagi tujuan itu pihak kerajaan juga dicadang memansuhkan jawatan Timbalan Menteri I, Timbalan Menteri II dan Timbalan Menteri III seperti dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Dalam Negeri (KDN); Kementerian Pendidikan; Kementerian Luar Bandar & Wilayah; Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
Beliau mencadangkan perkara tersebut sebagai menyokong kenyataan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan sebelum ini yang mahu pihak kerajaan menstruktur semula jawatan eksekutif.
Dalam satu kenyataannya kepada Amanahdaily hari ini, selain dua cadangan tersebut terdapat lapan lagi cadangan Pemuda AMANAH Kapar bagi membantu kerajaan menstruktur semula jawatan eksekutif tanpa membuang penjawat awam.
Mohd Ikhmal turut mencadangkan agar digabung kementerian yang mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Kementerian Pendidikan; Kementerian Pendidikan Tinggi; Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi.
Beliau juga mengesyorkan agar Kementerian Wilayah Persekutuan dimasuhkan, begitu juga dengan jawatan-jawatan penasihat bertaraf Menteri.
“Suruhanjaya-suruhanjaya yang melapor terus kepada Perdana Menteri, yang tidak melaporkan kepada parlimen perlu diserap di bawah Kementerian agar tugas mereka selari dengan dasar kementerian,” ujar beliau.
Katanya, jumlah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kini mempunyai semnbilan Menteri di JPM dan tiga Timbalan Menteri patut dikurangkan.
Pemuda AMANAH Kapar juga mahu Kementerian Pembangunan Usahawan ditubuhkan kembali agar kerajaan dapat membantu usahawan dalam keadaan ekonomi yang agak tenat sekarang.
“Felda dibenarkan bergerak sendiri, tidak lagi melaporkan terus kepada Perdana Menteri. Ini bagi mengelak kerajaan sewenang-wenangnya menggunakan wang Felda.
“Ia juga dapat mengelak daripada melantik terlalu ramai Pegawai Seranta tanpa kawalan,” tegas Mohd Ikhmal.
Cadangannya yang ke-10 mahu pihak kerajaan tidak lagi mengambil kemasukan pekerja baharu tetapi menyerapkan sebilangan pekerja kontrak sebagai pekerja tetap dalam mengisi kekosongan sedia ada.
Mohd Ikmal berkata, bilangan 1.6 JUTA pekerja awam tidak akan membebankan jika ia memang perlu berkhidmat tetapi apa yang dikesalkan, sikap kerajaan yang terlalu ghairah berbelanja besar dalam lantikan-lantikan politik.
Ini ujarnya, menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung akibat sehingga membelanjakan emolumen yang kadangkala tidak wajar.
Sumber : AD
Istana : TITAH DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN VAN JENAZAH
(Istana)
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan kenderaan jenazah disalah gunakan dengan disewa untuk membuat demonstrasi.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, baginda bertitah kenderaan berkenaan adalah untuk membawa urusan jenazah sahaja.
“Adalah saya dengan hormatnya menyampaikan titah DYMM Sultan Selangor kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid atau Ahli majlis Jawatankuasa Kariah yang bertanggung jawab dengan kenderaan jenazah di seluruh Selangor ini, supaya menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan mereka dan memanfaatkan kenderaan jenazah untuk urusan membawa jenazah sahaja.
“Baginda tidak berkenan kenderaan jenazah tersebut disalah gunakan selain daripada urusan membawa jenazah seperti disewa untuk membuat demonstrasi atau kegunaan lain yang tidak kena mengena dengan urusan pengendalian jenazah,” katanya.
Persendakan kereta jenazah
Sultan Sharafuddin bertitah, tindakan itu hanya akan memperlihatkan bahawa umat Islam mempersendakan penggunaan kereta jenazah yang tidak sepatut dilakukan.
Sehubungan itu, baginda mahu pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah mengambil maklum dan mematuhi titahnya.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama atau individu mahupun kejadian, adalah jelas kenyataan baginda ditujukan kepada tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membawa 15 van jenazah ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 14 Februari lalu.
Politik : Politik Dengan Akhlak
(Politik)
Sumber : Feroz Zaini
Satu perkara yang lumrah di kampong-kampong. Ada pemilik kedai makan atau warung yang tidak menyembunyikan kecenderungan politik masing-masing.
Terutama penyokong tegar parti PAS. Maka, akhbar Harakah tersedia secara percuma untuk dibaca oleh pelanggan.
Namun, ada sebuah kedai makan yang pemiliknya menyediakan akhbar Harakah dan AMANAH (akhbar terbitan Parti Amanah Negara).
Itu pun saya tak kisah.
Kedai itu memang menyediakan makanan pagi yang dikira ok. Namun, roti canainya memang sedap.
Usai makan, saya mengambil akhbar AMANAH untuk dibaca.
Sedang saya leka membaca isi kandungannya. Seorang pakcik yang duduk bersama jemaah dari sebuah surau bercakap kepada saya.
"Tak payah baca surat khabar tu, semua tu gila kuasa, pengkhianat, penyokong orang kafir!"
Saya tersenyum dan mendiamkan diri.
Tak kuasa hendak melayan. Saya terus membaca.
Lagipun, saya bukannya penyokong tegar mana-mana parti politik.
Dari nada perbualan mereka. Jelas yang mereka amat marah dengan parti AMANAH. Pelbagai kata nesta yang dihamburkan.
Pelanggan yang sedang menikmati sarapan pagi ramai yang memandang gelagat jemaah surau dengan pandangan kurang selesa.
Sejujurnya, saya merasakan kurang selesa berhadapan dengan situasi sebegitu.
Tiba-tiba salah seorang pakcik dalam kumpulan jemaah itu menjerit. "Hai, sampai setengah jam dah aku tunggu, takkan roti canai aku tak siap lagi!?"
Pemilik kedai dan beberapa orang pembantunya terpinga-pinga dengan jeritan itu.
"Pakcik order roti canai berapa keping?" tanya seorang gadis yang membungkus roti canai.
"10!" bentak pakcik itu melepaskan geram.
"Ni ha ... berapa kali saya panggil ... roti canai 10 siap, tapi tak ada orang yang sahut." gadis itu menunjukkan sebungkus roti canai yang telah siap.
Pakcik itu bingkas bangun menuju kaunter. Manakala rakan-rakannya turut bangun dan beredar.
Wahai ahli jemaah surau dan masjid. Pamerkanlah akhlak yang baik. Tidak perlu menggunakan bahasa kasar dalam usaha mencari pengaruh.
Bersikap menghormati lawan dalam politik adalah satu perbuatan terpuji.
Lebih menjengkelkan, apabila memakai pakaian bercirikan 'orang agama' seperti jubah dan berserban, tetapi merokok, berludah dan berkahak di tepi kedai makan adalah perbuatan yang mengundang rasa benci dan meluat masyarakat.
.
.
Abang Long.
Mufti : Pandangan Mutfti tentang Valet Doa
(Agama / Mufti)
Sebelum menyatakan pandangan kami berhubung isu ini, kami sempat meneliti tulisan di Facebook Valet Doa. Kami mengesan beberapa masalah yang timbul pada bentuk perniagaan Valet Doa ini.
Pertama, berkaitan etika pengiklanan dalam Islam.
Kami melihat, individu berkenaan kurang memerhatikan aspek etika pengiklanan dalam Islam. Antaranya:
(1) Seni pengiklanan yang berlebih-lebihan.
(2) Terdapat beberapa keraguan dalam perniagaannya iaitu memberikan jaminan 100 peratus pemakbulan doa, sedangkan ia tidaklah sesuatu yang pasti dan pemakbulan Allah adalah hak mutlak Allah.
Berhubung ‘servis doa’, barang yang diniagakan dan diupahkan adalah kemakbulan doa sedangkan makbul atau tidaknya doa itu adalah hak Allah secara mutlak serta ia bersifat tidak jelas.
Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan. Ia juga tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah.
Servis berkaitan dengan ibadah amat perlu kepada nas kerana asal ibadah itu adalah tawaqquf dan ta’abbudi. Kaedah menyebut “asal bagi ibadah adalah terhenti kepada al-Qur'an dan al-Sunnah”.
Mengkomersialkan doa dibimbangi termasuk dalam firman Allah SWT (maksudnya):
“Jangan kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga benda yang murah.” (Surah al-Baqarah: 41)
Imam Ibn Jarir al-Tabari berkata: “Jangan kamu ambil secara tamak untuk sedikit harta benda sehingga kamu menyembunyikan nama Allah. Maka yang termasuk dalam harga itu adalah ketamakan.” Lihat Tafsir al-Tabari, 1/565.
Al-Alusi berkata: “Jangan kamu tukar iman dengan ayat-ayat-Ku atau ikut untuk mendapatkan habuan dunia yang sedikit lagi binasa dengan ganjaran akhirat.” Lihat Ruh al-Ma’ani, 1/389.
Dr Wahbah al-Zuhaily: “Jangan kamu jual ayat-ayat Allah yang menunjukkan atas kebenaran Muhammad pada kenabiannya dan dakwahnya dengan sedikit harta benda dunia.” Lihat Tafsir al-Munir 1/150.
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.
Hak mutlak Allah sebagai al-Mujib
Kami tidak menafikan, terdapat pelbagai hadis berkenaan tempat-tempat makbul di Tanah Haram seperti doa di Multazam dan Hajar al-Aswad. Antara hadis berkenaan kemustajaban doa di Multazam. Daripada ‘Amru bin Syu’aib daripada bapanya, berkata (maksudnya):
“Aku sedang bertawaf bersama Abdullah (Abdullah bin Umar). Ketika kami berada di belakang Baitullah, aku bertanya, 'Tidakah kamu memohon perlindungan?' Abdullah pun berkata: ‘Kami berlindung kepada Allah dari panasnya seksaan api neraka.”
“Setelah selesai, Abdullah menyentuh Hajar al-Aswad dan berdiri antaranya dan pintu Kaabah, lalu merapatkan dada, muka, kedua siku, dan kedua telapak tangan nya dan berkata: 'Seperti inilah aku melihat Rasulullah SAW melakukannya.'” (Riwayat Abu Daud, no. 1899)
Kata Ibn ‘Abbas R.Anhuma (maksudnya):
“Antara rukun Hajar Aswad dan pintu Kaabah terdapat Multazam. Tidak seorang pun hamba Allah SWT yang berdoa di tempat ini, kecuali dikabulkan doanya.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, no. 3769)
Kami tidak nafikan betapa mulianya Mekah terutamanya Masjidil Haram yang terdapat banyak-banyak mulia seperti hadith di atas. Justeru, Rasulullah SAW pernah mengirim doa melalui Saidina Umar ketika beliau mahu menuju ke Mekah. Antaranya sabda Nabi SAW (maksudnya):
“Hai saudara yang kukasihi, sertakan kami dalam doa kamu dan jangan lupa kami.”
(Riwayat al-Turmuzi, no. 3562 dan beliau berkata, hadis ini hasan sahih.)
Untuk mendapat kepastian dan lebih luas lagi pengetahuan berkenaan dengan isu ini, maka sewajarnya kita melihat kitab-kitab berkaitan adab doa dan juga kitab khusus seperti al-Azkar oleh Imam al-Nawawi dan juga al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-'Umrah oleh Imam al-Nawawi juga yang menyebut tempat-tempat yang mustajab doa.
Tetapi, semuanya didoakan dengan penuh keikhlasan daripada seseorang tanpa sebarang bentuk perniagaan doa. Ini kerana, Allah sahaja yang bersifat penerima doa yang yang memakbulkannya.
Benarlah firman Allah SWT (maksudnya):
“Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.”(Surah al-A'raf: 73)
Maka, jelas di sini bahawa hak memakbulkan doa itu hanya milik mutlak Allah SWT. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT dalam keadaan hak tersebut bukan hak dirinya.
Apatah lagi jika menetapkan tempoh masa tertentu untuk kemakbulan doa, seolah-olah individu terbabit memaksa Allah SWT untuk mengabulkan doa pada tempoh yang ditetapkan. Sedangkan, tempoh untuk memakbulkan doa terpulang mutlak kepada-Nya tanpa boleh dipaksa mana-mana hamba-Nya.
Perlu kami nyatakan di sini beberapa adab doa untuk panduan bersama. Antaranya:
(1) Seseorang yang berdoa itu perlu mentauhidkan Allah dan tidak mempersekutukan-Nya.
(2) Ikhlas kepada-Nya dalam doa.
(3) Memohon kepada-Nya dengan nama-nama Allah yang mulia.
(4) Memuji Allah sebelum berdoa.
(5) Berselawat ke atas Nabi SAW.
(6) Mengadap kiblat.
(7) Mengangkat kedua tangan.
(8) Yakin kepada Allah akan kemakbulannya.
(9) Memperbanyakkan memohon kepada-Nya.
(10) Khusyuk dalam berdoa.
(11) Mengulang-ulangi permohonan doa.
(12) Mengelokkan makanan dan minuman.
(13) Merendahkan suara ketika berdoa.
Akhlak dengan Allah
Oleh kerana acara doa merupakan ibadah yang sewajarnya dilakukan dengan syarat yang benar lagi tepat, maka sewajarnya kita mempunyai akhlak kepada Allah. Antara bentuk akhlak yang sesuai adalah, selayak dan seafdhalnya orang yang mempunyai hajat itu sendiri yang berdoa. Ini berdasarkan kepada perintah Allah dan suruhan-Nya kepada kita. Mohon pertolongan kepada Allah dapat difahami dengan konsep (maksudnya):
Maksudnya: “Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan.” (Surah al-Fatihah: 5)
Ibn Kathir berkata: “Allah memerintahkan kamu supaya mengikhlaskan dalam ibadah dan hanya meminta tolong kepada-Nya dalam urusan kamu.” Lihat Tafsir Ibn Kathir, 1/39.
Dalam kisah Nabi Zakaria yang melihat karamah dan kemuliaan Maryam dengan rezeki yang luar biasa, maka Allah rakamkan kisah yang menarik ini (maksudnya):
“Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: 'Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?' Maryam menjawab; 'Ia dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira'. Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: 'Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.'” (Surah Ali Imran: 37-38)
Ayat ini menunjukkan adab yang diajar kepada kita iaitu apabila berhajatkan sesuatu, masing-masing bertawajjuh, munajat dan berdoa kepada Allah SWT. Itulah petunjuk Ilahi dan itu lebih menampakkan kesungguhan seseorang yang berhajat.
Salah faham konsep doa
Dalam al-Quran bagaimana Allah mengajar Rasul-Nya SAW yang beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah SWT (maksudnya):
“Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.” (Surah al-A’raf: 188)
Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dan sangat bertepatan dan kekeliruan yang timbul di sebabkan isu Valet Doa ini.
Sekiranya Rasulullah SAW sendiri menafikan dirinya berkuasa untuk mendatangkan mudarat dan manfaat kecuali Allah SWT, bagaimana pula seorang individu lain mampu menjamin kemakbulan doa secara yakin, dengan bersandarkan beberapa buah hadis yang disalahfahami?
Justeru, semua doa yang kita pohon kepada-Nya yang memakbulkan hanyalah Dia yakni Allah SWT. Kerana itulah berkali-kali Allah menamakan diri-Nya dengan sami' al-dua' (yang mendengar doa).
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Setelah kami meneliti isu Valet Doa yang disertakan pula dengan pakej-pakej dengan harga yang berbeza seolah-olah mengikut tahap kemustajaban doa, dengan ini kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat.
Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafu ssoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA.
Kami juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan.
Sementelahan lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa.
Berkenaan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said RA, sabda Rasulullah SAW (maksudnya):
Maksudnya: “Tiada seorang Islam berdoa dengan satu doa yang tiada padanya unsur dosa dan putus silaturrahim kecuali Allah kurniakan kepadanya salah satu daripada tiga iaitu sama ada disegerakan doanya, ditangguhkannya untuk hari akhirat atau dihilangkan daripadanya kejahatan seumpamanya. Kemudian sahabat berkata: ‘Kalau begitu, kami akan membanyakkannya. Sabda Baginda: ‘Ya, perbanyakkannlah.'” (Riwayat Ahmad, no 10749)
Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dipohon oleh seseorang akan diterima, tetapi bentuk penerimaannya itu pelbagai berdasarkan nas di atas.
Sama ada dimakbulkan segera, ditangguhkan ke hari akhirat atau dihilangkan keburukan seumpamanya.
Inilah yang ditafsirkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (11/95). Justeru, penggunaan kalimah mustajab atau jaminan makbul yang difahami itu akan mengelirukan lebih-lebih lagi jaminan dan had masa tertentu untuk mendapatkannya.
Ini menyalahi nas yang sahih lagi jelas.
Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah dibatalkan agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah-fitnah dan eksploitasi ibadah.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya, Amin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Mufti Wilayah Persekutuan. Tulisan ini dimuatkan kali pertama di laman web pejabat beliau hari ini dengan tajuk asal “Bayan Linnas siri ke-85: Penjelasan tentang valet doa”.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan organisasinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Sukan : Kaitan Gamba Osaka dan Selangor FA
(Sukan)
Tahukah anda pada 11 Februari 1982, sebuah kelab bola sepak amatur Jepun bernama Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. Soccer Club telah bertandang ke Stadium Merdeka untuk satu perlawanan persahabatan menentang Selangor FA?
Dalam perlawanan tersebut, Selangor FA menang 2-1. Pasukan Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. Soccer Club pun pulang ke negara matahari terbit setelah 'diajar' pasukan negeri paling power dalam Malaysia ketika itu. Siapalah mereka, sebuah kelab amatur yang ditubuhkan pada tahun 1980 dan baru berusia 2 tahun hendak melawan Selangor FA yang ditubuhkan sejak 1936 dan pada 1967 pernah muncul naib juara Asian Championship Club Tournament (kini dikenali sebagai AFC Champions League).
Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. Soccer Club bagaimanapun terus kekal sebagai sebuah kelab amatur milik Matsushita. Sepuluh tahun kemudian muncul idea menukarkan bola sepak Jepun dari taraf amatur ke profesional, selepas delegasi pegawai FA Jepun bertandang ke Malaysia untuk belajar cara-cara menganjurkan liga bola sepak. Maka pada tahun 1992 lahirlah J.League dan sebagai salah satu syarat utama untuk menjadi sebuah kelab profesional yang bertanding di dalam J.League, Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. Soccer Club dikehendaki menukar namanya supaya lebih relevan sebagai sebuah kelab bola sepak komuniti.
Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. Soccer Club bertukar menjadi Gamba Osaka supaya ianya lebih relevan kepada penduduk Osaka, bukan terhad menjadi kelab untuk pekerja Matsushita sahaja (kini Matsushita dikenali sebagai Panasonic, sejak 2008).
Sejak dari itu mereka menjuarai 2 kejuaran J.League, 2 J.League Cup, 4 Emperor's Cup dan 1 AFC Champions League. Oh, mereka juga pernah mendapat nombor tiga dalam FIFA Club World Cup 2008.
Apa jadi dengan Selangor FA? Macam tu aje lah, menang piala berkontena banyaknya tapi semua peringkat domestik je. Apa jadi dengan liga bola sepak Malaysia? Lepas Jepun belajar dari kita, habis agaknya ilmu diserap hingga sampai ke sudah kita jadi bangang.
Kemudian kita hantar wakil kita JDT, kelab bola sepak paling power dalam negara dan dan senang-senang sahaja Gamba Osaka ratah 3-0.
Pak cik Jepun kerja kilang Matsushita yang pernah datang ke Stadium Merdeka tahun 1982 dulu tu kalau dia masih hidup lagi mungkin tengah tersengeh sambil minum sake agaknya.
Sukan : Bola Sepak bukan sekadar kejar mengejar bola
(Sukan)
Permainan bola sepak bukan sekadar acara kejar mengejar sebiji bola dan menjaringkan gol. Ia adalah sukan yang penuh seni dan anda perlu berpengetahuan dalam bermain bola sepak.
Moga kita dapat melihat permainan bola sepak yang penuh seni ini di Malaysia selepas kita memperolehi Presiden FAM yang baru
Permainan bola sepak bukan sekadar acara kejar mengejar sebiji bola dan menjaringkan gol. Ia adalah sukan yang penuh seni dan anda perlu berpengetahuan dalam bermain bola sepak.
Moga kita dapat melihat permainan bola sepak yang penuh seni ini di Malaysia selepas kita memperolehi Presiden FAM yang baru
Nasihat : Jadilah AYAH yang BERGUNA!!!
(Nasihat)
Tinggal seorang sahaja lagi berada dihadapan hendak mengeluarkan wang di mesin ATM, tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak menjerit "papa, papa!"
Ramai yang menoleh ke arah kanak-kanak itu.
Lebih tergamam apabila kanak-kanak itu terus memeluk kaki saya.
Pelukannya agak kejap. Seperti seorang yang sedang melepaskan sebuah kerinduan yang sarat.
"Ya sayang, apa nama sayang?" sambil saya membelai rambutnya yang bertocang, sungguh comel.
"Hasmi! er ... maafkan saya encik." tiba-tiba seorang wanita muda sudah tercegat dihadapan saya.
Wajahnya merah padam. Mungkin malu.
Si anak kecil yang berusia 5 tahun akhirnya mendongak memandang saya.
Kali ini barulah dia melepaskan saya dengan rasa gementar.
"Papa ..." dan si anak kecil itu tersedu-sedan. Dia menyembamkan mukanya ke bahu ibunya.
"Puan tunggu disini sebentar, boleh?" sementara saya mahu mengeluarkan wang dari mesin ATM.
Wanita itu mengangguk lemah.
Usai mengeluarkan wang. Saya mendekati dua beranak itu.
"Maaflah encik, saya ingat ... encik ni suami saya ... maaf saya salah orang." luah wanita itu tenang.
"Tak mengapa ... er, mana suami puan?" tanya saya kepada wanita itu.
Sungguh kasihan apabila mendengar kisahnya yang begitu tragis. Ditinggalkan oleh suami sudah hampir setahun.
Katanya, suaminya mengikut (tergila-gilakan wanita Indonesia yang berjiran dengan mereka).
Dengan kata mudahnya. Wanita itu ditinggalkan - digantung tak bertali.
Cukup memilukan apabila wanita itu menunjukkan kesan bibirnya yang terkoyak kerana ditumbuk oleh suaminya dalam satu pertengkaran.
"Seminggu saya rasa pening."
Sejak itulah suaminya keluar dari rumah dan langsung tidak pulang lagi.
Sejujurnya, saya hanya mampu menjadi pendengar luahan hati seorang wanita yang malang.
Selebihnya saya tidak mampu berbuat apa-apa.
Kepada kaum lelaki - ayah - suami. Kali ini saya hendak memberi AMARAN. Ya AMARAN.
Saya tidak betah untuk memberikan kata nasihat atau peringatan kerana ianya membabbitkan persoalan hukum yang berat.
Pertama. Dalam kes ini. Si suami telah bersikap ZALIM kepada isterinya.
Kedua. Tidak memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak yang ditinggalkan.
Ketiga. Apa sahaja makanan yang dimakan oleh suami menjadi HARAM kerana disitu ada hak anaknya yang ditinggalkan.
Keempat. Memutuskan hubungan keluarga / suami-isteri dengan tanpa cara yang sah adalah perilaku buruk dan keji.
Kelima. Semua perkara fardhu telah dilaksanakan, tetapi ingat, di akhirat kelak, tanggung jawab anda untuk menjawab di hadapan AL KHALIQ tetap diperhitungkan.
Saya pernah melihat bagaimana azabnya kematian seorang lelaki yang telah 'dibuang' oleh anak isteri.
Terlantar selama berbulan-bulan di katil dalam wad. Tiada siapa yang peduli.
Sewaktu muda, lelaki itu meninggalkan isteri dan anak-anak, dan mengikut nafsu dan mengahwini wanita lain. Dan langsung tidak memperdulikan nasib anak isteri yang hidup menderita.
Bila usia sudah tua. Hidup sebatang kara. Tiada siapa dikalangan ahli keluarga yang sudi datang menziarah.
Menangis sudah tidak berguna lagi.
Berbeza dengan kematian yang diratapi oleh anak isteri. Seorang ayah yang penyayang, suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
Pemergian yang diiringi oleh jutaan doa dari zuriat sendiri.
Kepada para suami. Pilihan ditangan anda.
.
.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment