Sebenarnya : 74 Kontena Mengandungi Daging Babi Terlepas Daripada Pemeriksaan Maqis?

No comments
PALSU : 74 Kontena Mengandungi Daging Babi Terlepas Daripada Pemeriksaan Maqis?


Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat 74 kontena yang sudah terlepas daripada pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) mengandungi daging babi.


FAKTA SEBENAR

Maqis menafikan berita yang tular di laman sosial mengatakan terdapat 74 kontena yang sudah terlepas daripada pemeriksaan jabatan itu mengandungi daging babi.
Ketua Pengarah Maqis, Datuk Mokhtaruddin Husain berkata, hanya empat buah kontena sahaja yang telah dirampas di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini dan hanya satu daripadanya yang bercampur di antara daging babi dan kambing.
“Justeru, orang ramai jangan was-was dengan daging import yang dibeli kerana pihaknya telah memastikan setiap kemasukan daging tersebut adalah selamat,” kata beliau.

Sumber : Sebenarnya

No comments :

Post a Comment

7 TIPS dalam mengadakan majlis di rumah

No comments
(TIPS) Tips untuk mengadakan majlis atau rumah terbuka di rumah kita (tetamu yang ada anak kecil)



Alhamdulillah, hari ini 24 Julai 2017 merupakan hari terakhir Syawal 1438 H. Mari kita berdoa agar kita semua dapat dipertemukan dengan Syawal akan datang.

Pasti pada Syawal yang lepas, kita berkunjung / buat rumah terbuka. Antara isu yang tular adalah gelagat anak-anak kawan/tetamu yang beraya di rumah kita. Pelbagai keluhan yang keluar sehingga kita lupa bahawa KEDATANGAN TETAMU ITU MEMBAWA RAHMAT KE TUAN RUMAH seperti Sabda Nabi

"Sesungguhnya seorang tamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut."

Berikut adalah 7 TIPS dalam kita menerima tetamu di rumah yang kita boleh praktikkan sebelum mengadakan majlis di rumah 




1) Kenali tetamu anda
Dalam kita menjemput tu...kita kena kenal dan tahu tetamu kita...siapa dia?...saudara kita?...saudara suami/isteri kita?...kawan kita?...kawan suami/isteri kita?...bila kita tahu dan kenal mereka...kita boleh kenal tahap sensitiviti masing2...kita boleh buat anggaran ahli keluarga masing2...berapa ramai anak?...dari mana mereka datang?...itu semua penting...related dengan tips2 berikutnya...

2) Sediakan senarai tetamu
Dalam menganjurkan rumah terbuka...seperti yang ramai duk cerita sana sini...semuanya berkaitan dengan anak dan budak2...kita sepatutnya dah tahu yang ramai budak akan datang rumah kita...kita juga kena sedar akan tahap keselesaan rumah kita untuk mak apak depa dan anak2 depa...kena dan perlu ada ruang...kalau dalam rumah sempit...sediakan khemah awal2...jadi tetamu semua berada di luar sahaja...tidaklah bersesak di dalam...kalau rasa tak mampu...rumah pun kecil...sebaiknya...buat jemputan dalam jumlah yang sedikit sahaja...tak perlulah nak jemput sekampung...tahap keselesaan penting untuk memastikan semua tetamu selesa dan anak2 kecil tak mula buat hal dan meragam...kalau kita jenis tak suka budak2 berkeliaran dalam rumah...sediakan khemah adalah satu jalan yang terbaik...

3) Alihkan perhatian anak2
Dalam menangani kerenah dan ragam anak2 kecil...ada seribu satu cara...lain anak lain caranya...jadi jangan terlalu rigid bak kata jawanya...majlis hari raya tiada bezanya dengan majlis harijadi atau aqiqah atau sebagainya...mungkin aturcara berlainan tapi jemputannya sama sahaja...akan ada anak2...sediakan aktiviti untuk anak2...andai anda punya bajet lebih...berikan setiap anak2 activity kit bila mereka sampai ke rumah...kalau tak mampu...beli activity kit yang boleh dikongsi beramai2...contoh seperti buku mewarna atau lego...aktiviti seperti ini boleh meminimakan pergerakan budak2 ke seluruh rumah dan menggalakkan anak2 duduk statik di satu tempat sahaja...sediakan warna yang elok kualitinya...lego yang besar saiznye...jangan beli yang kecik2...berterabur satu rumah sakit jiwa nak kemas...lagi teruk sakit kaki bila pijak...warna pun beli yang cantik hasil mewarnanya...jangan beli yang tenyeh 10x pun tak kuar warna...budak2 akan fed up andai usaha dia tak seperti jangkaan dia...bila anda sediakan aktiviti kit ni...secara tak langsung...mainan2 yang lain boleh simpan terus dari pandangan dan tak perlu risau nak kemas2 beria nanti...

4) Reward them
Tekankan dekat anak2 kecil...siapa yang behave atau berkelakuan baik...aunty bagi angpau...aunty bagi coklat ke?...tak kisah lah aunty nak bagi apa2...tapi reward system ni memang yang paling berkesan untuk mana2 anak kecil...yang dah siap mewarna bagi depa bawa balik hasil tu pun bagus...budak2 suka bila sesuatu yang depa lakukan itu mendapat pujian dan dihargai...

5) Bersedia mental dan fizikal
Menganjurkan majlis memang penat...jadi jangan teruskan memenatkan kepala dan badan anda untuk benda2 yang tak perlu...sediakan bilik atau ruang untuk anak2 kecil bermain supaya mereka tak explore ke tempat2 lain...tempat tu pun pastikan dekat dan boleh diawasi oleh dewasa setiap masa...andai bilik mainan di tingkat atas...siap2 kuncikan semua bilik2 lain yang kita tak mahu anak2 explore...kids will always be kids...mischievous orang jawa kata...kita pun...siap2lah simpan segala mak nenek pasu kristal beli dekat Turkey tu...apa2 perhiasan yang fragile tak perlulah nak tayang sangat...kita kene ingat...majlis adalah untuk menjamu orang...bukan nak bermegah dengan rumah kita...jangan nanti bila ada yang pecah yang kotor...tak memasal anak orang kita jeritkan...buat majlis ini memenatkan...jadi emosi mudah untuk jadi tak terkawal...

6) Sediakan kemudahan
Sediakan ruang untuk tetamu bersolat...atau untuk menyusukan anak...atau untuk tidurkan anak2...atau untuk apa2 sahajalah...kadang rumah kita tu dah jadi rumah kelima depa untuk hari tu...anak2 kompem2 dah penat dan mula meragam...sediakn ruang yang selesa bagi tujuan2 tersebut...

7) Sediakan makanan yang child friendly
Kalau anda jenis ada sofa buatan Italy...atau karpet dari sutera...janganlah sediakan makanan yang berisiko tinggi untuk membuatkan anda meroyan...budak2 bukan nak makan sangat rendang atau kuah kacang...bagi depa makan nugget atau drummet pun dah cukup heaven bagi depa...takda tumpah2 kan..air pun boleh bagi air kotak je untuk anak2...memanglah masih boleh tumpah...tapi sekurangnya takda lah sampai segelas kome kena lap...kebarangkalian kejadian tak diingini pun rendah...kita kena kreatif lah...

Mak Pak ni kalau dah berjumpa memang lupa nak tengok anak2...iyelah...masa ni lah nak bergosip nak mengumpat sampai anak mati kutu tak tahu nak buat apa...kesian dekat anak2...lama mana pun depa boleh duduk diam...depa bukan robot...
Itu antara tips2 yang saya boleh fikirkan dan kongsi...saya pun masih baharu dalam menganjurkan rumah terbuka...tapi sikit sebanyak bila baca entri2 tentang adab bertandang tu...ini antara usaha yang kita boleh buat...kita kena ingat...everything is a two-way thing...yang dijemput kena jaga adab...yang menjemput pun kena ada adab juga...kita suka bila ank2 kita balik dari rumah orang cakap "Siti suka pergi rumah aunty Jenab"...bukan dialog "Siti taknak pergi dah rumah aunty Jenab"...ingatlah menerima tetamu itu besar hikmahnya...jangan sebab benda2 kecil...hilang semua nya...
Kalau anda jenis tak boleh berlapang dada atau sikit lebih kurang...tak payahlah nak harap orang tak perlu datang rumah anda...anda pun tak payahlah susah2 nak menjemput orang...takdelah jemputan anda berdosa tak memenuhi jemputan...tak pun...buat je majlis dekat hotel...lagi senang...tak payah buat majlis terus...wallahualam...

Sumber : Nurynn Hamdan

No comments :

Post a Comment

Sukan : Legasi Dato Lee Choong Wei diteruskan dengan penubuhan akademi badminton

No comments
(Sukan / Badminton) : Akademi Dato Lee Choong Wei dibuka di Perak


Perasmian Akademi Dato Lee Choong Wei pada 22 Julai 2017



Dikhabarkan, mengikut perancangan akan ada 3 badminton akademi milik DLCW akan dibuka. Pertama di Perak dan 2 lagi akan menyusul di Kuala Lumpur dan Johor.

Bersama kita doakan legasi DLCW dapat diteruskan dengan pembukaan akademi ini

No comments :

Post a Comment

Moral (VIDEO) : Baru berapa hari MRT sudah ada VANDALISME

No comments

(Moral) Fasiliti kelas PERTAMA, Mentaliti kelas KETIGA




BELUM seminggu Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) berkelas dunia dibuka kepada orang awam, ia sudah menjadi mangsa individu berfikiran kelas ketiga.
Beberapa kemudahan di stesen MRT bagaikan tempat 'mengekspresi diri' atau lebih tepat menjadi mangsa vandalisme.
Kira-kira RM10,000 sudah dibelanjakan bagi kos pembaikan kerosakan akibat vandalisme hanya selepas lima hari pertama MRT-SBK beroperasi.
Berita ini viral selepas Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah, memuat naik mengenai vandalisme MRT di Facebook.


Najmuddin Abdullah yang meluangkan masa melawat beberapa stesen pagi tadi menulis: “Saya gembira melihat ibu bapa dan anak-anak menggunakan MRT namun apa yang menyedihkan berlakunya kerosakan atau vandalisme hanya selepas lima hari beroperasi.
"Banyak kesan calar pada bangku dan dinding. Kerosakan di tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) pula berlaku sejak dua hari lalu.
"Pagi tadi saya lihat penyapu dan lampu di atas bumbung pintu keluar F atau Jalan Sultan Ismail di Stesen Bukit Bintang!," tulisnya di FB.

Hasil tinjauan, kerosakan tandas OKU Stesen Maluri sudah diperbaiki, beberapa jam selepas Najmuddin memuat naik beberapa gambar kerosakan itu di FB.
Dari Stesen Maluri, Stesen Bukit Bintang didapati penyapu serta lampu di atas bumbung di pintu keluar F juga sudah dibersihkan.

Sumber : Harian Metro

No comments :

Post a Comment

Video : Budak-budak disuruh sokong GST?

No comments
Video : Budak-budak disuruh sokong GST??



Jom tengok video di bawah..


Persoalan :
1. Siapa yang berucap?
2. Budak sekolah mana?

Mohon dapat penjelasan sepatutnya dari pihak berkaitan!!!

No comments :

Post a Comment

Berita : Tiada jangkitan baharu Virus Rabies di Perak

No comments
(Berita) Tiada jangkitan baharu Virus Rabies di Perak


Kerajaan negeri Perak perlu mematuhi beberapa syarat Operasi Pematuhan Standard (SOP) sebelum mewartakan Mukim Matang sebagai kawasan bebas penyakit anjing gila atau rabies. Selain itu tempoh masa inkubasi sebelum diwartakan sebagai kawasan bebas rabies juga akan dinilai secara teliti.

No comments :

Post a Comment

Islam : Masjid Terapung kini di Pulau Pangkor

No comments
(Islam) 
Masjid Al Badr Seribu Selawat atau Masjid Terapung sudah siap dan sedia diimarahkan di Pulau Pangkor. Dahulu Masjid Terapung hanya di Terengganu kini sudah ada di Perak. Alhamdulillah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Al Badr Seribu Selawat atau Masjid Terapung yang terletak di Teluk Gadong, Pulau Pangkor. 
Keberangkatan Baginda diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Mula dibina pada 7 Mac 2014, masjid yang diilhamkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir itu mempunyai pelbagai hiasan unik di setiap sudut kemasannya.

Masjid yang kini menjadi mercu tanda terbaharu Pulau Pangkor mengetengahkan kaligrafi 1,000 selawat dan hiasan identiti negeri Perak pada dinding masjid.


Masjid itu yang dibangunkan dengan kos RM11.6 juta siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2016.

No comments :

Post a Comment

Bisnes : Affiliate Junction Islamic? Ikuti penjelasan Dr Zaharuddin

No comments
(Bisnes)

Pada 8 Julai 2017, satu soft lunch Affiliate Junction Islamic sudah dilakukan. 
Malangnya, tidak sampai SEBULAN, ia TERBATAL



Berikut penerangan dari Dr Zaharuddin Abd Rahman


STATUS AFFILIATE JUNCTION ISLAMIC
Pada awal bulan Julai yang lalu, pihak kami mengesahkan bahawa kami telah berjaya merangka satu set modul atau struktur cadangan yang lengkap dengan semua syarat-syaratnya untuk dipertimbangkan oleh Syarikat iSynergy International Sdn Bhd bagi memperkenalkan program Affliate Junction yang baharu berstatus patuh Shariah, modul inilah yang diraikan di dalam majlis ‘soft launch’ yang lalu.

Sebelum perlaksanaannya bermula (dijadualkan pertengahan Ogos 2017), beberapa siri mesyuarat lanjutan dan terperinci bagi melihat aspek kebolehlaksanaannya dan pematuhan semua syarat-syarat yang telah ditetapkan; hasilnya pada 19 Julai 2017, pihak iSynergy telah mengambil keputusan untuk TIDAK MENERUSKAN inisiatif untuk melaksanakan program Affiliate Junction yang baharu dan patuh Syariah berdasarkan struktur yang telah kami cadangkan.

Justeru itu, pihak kami dengan ini TIDAK LAGI TERLIBAT DALAM MENASIHATI Affliate Junction dan cadangan struktur Affliate Junction Islamic yang kami ketengahkan dengan ini adalah TERBATAL.

Sehubungan dengan itu, semua promosi dan pemasaran Affliate Junction TIDAK BOLEH menggunakan nama AJ ISLAMIC yang dikaitkan dengan kami. Begitu juga, sebarang penggunaan nama kami dalam bahan promosi AJ dalam bentuk apa sekalipun adalah tidak dibenarkan dan boleh dianggap sebagai bahan yang ‘misleading’ atau bentuk penipuan.

Namun begitu, pihak AJ adalah bebas untuk melantik penasihat Shariah yang lain bagi mempertimbangkan modul Islamik yang lebih sesuai dengan mereka.

Sekian
Dr.Aznan Hasan & Dr Zaharuddin Abd Rahman
20 Julai 2017


P/S  : Tepuk dada tanya poket. Duit korang kan!!

No comments :

Post a Comment

Dunia : Turki Bersuara Tentang Qatar. Bravo!!

No comments
(Dunia)

Ketika hampir kesemua negara Arab memberi tekanan kepada QATAR, sebaliknya berlaku kepada Negara Turki.



Turki melalui Timbalan Perdana Menteri Turki  Numan Kurtulmus menggesa Arab Saudi dan tiga lagi negara di Teluk menggugurkan 13 tuntutan terhadap Qatar, kerana tindakan itu dianggap melanggar kedaulatan negara itu.

Agensi berita Reuters dipetik melaporkan, ketika ditemuramah rangkaian al-Jazeera, beliau turut memberi amaran kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan berkata, tindakan itu bakal menghasilkan konflik dan akibatnya sukar diramal.
Turki memihak kepada Qatar dalam krisis yang bermula sejak bulan lalu ketika Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir mengenakan sekatan ke atas Doha.
Keempat-empat negara itu menuduh Doha menyokong keganasan dan mendesak Qatar supaya akur dengan 13 tuntutan, termasuk menutup rangkaian televisyen al-Jazeera dan pangkalan tentera Turki.
Tuduhan itu dinafikan Qatar dan menolak semua tuntutan terbabit dengan mengatakan kesediaannya untuk duduk berbincang.
"Presiden akan mendengar penjelasan semua pihak tetapi Arab Saudi perlu menghentikan tekanan, termasuk menimbangkan kembali 13 tuntutan itu," kata Kurtulmus.
Katanya, Qatar pula perlu berpendirian positif untuk membuka jalan rundingan dan Turki sedia bertindak selaku pengantara.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bakal mengadakan lawatan ke Arab Saudi, Kuwait dan Qatar pada 23 hingga 24 Julai ini sebagai usaha untuk menyelesaikan krisis itu.

No comments :

Post a Comment

Sukan : (Video) Terjunan Emas Cheong Jun Hoong di Budapest

No comments
(Sukan)

Perfect... Itu yang dapat digambarkan dalam terjunan 10 meter platform individu oleh Cheong Jun Hoong. Paling manis adalah dapat menewaskan 2 penerjun dari Tembok Besar China yang hanya memperolehi keputusan 2-3.


Mari kita saksikan bersama detik-detik terjunan emas itu.
Kredit : Astro Arena




Tidak dilupa kepada Pandalela Rinong yang juga meraih gangsa bersama Cheong Jun Hoong dalam 10 meter platform seirama.



Moga kejayaan ini dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk Malaysia menguasai acara terjun dalam Sukan Sea 2017 nanti yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

No comments :

Post a Comment

Hiburan : Lagu DESPACITO diharamkan oleh RTM

No comments

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.
“Sehubungan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan televisyen RTM berkuat kuasa serta-merta,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.
Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

No comments :

Post a Comment

Sukan : Akhirnya Rekod 43 Tahun Pecah Juga

No comments
(Sukan)




AKHIRNYA REKOD 200m BERUSIA 49 TAHUN PECAH.
.
Selepas 49 tahun, rekod kebangsaan bagi acara 200 meter (m) lelaki akhirnya berjaya dipecahkan oleh jaguh pecut lelaki negara, Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Olahraga Pra Sukan SEA 2017 di Stadium Bukit Jalil petang tadi. .
.
Pada aksi final tersebut, pelumba yang mewakili skuad Melaka itu berjaya mencatatkan rekod baharu kebangsaan apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan 20.90 saat (s) mengatasi rekod kebangsaan yang dicipta oleh atlet legenda negara, Tan Sri Dr. M. Jegathesan yang dilakukan di temasya Olimpik di Mexico pada tahun 1968 dengan catatan masa 20.92 saat. .
.
Selain rekod kebangsaan, atlet berusia 19 tahun itu turut memperbaharui rekod kejohanan yang dilakarkan oleh Kento Terada di Kangar, Perlis pada 1996.
.
."Terima kasih kepada jurulatih (Mohd. Poad Kassim) kerana membimbing saya sehingga ke tahap ini. Sudah tentu kejayaan saya meleburkan rekod ini akan memberi semangat kepada saya untuk beraksi pada temasya Sukan SEA nanti.

No comments :

Post a Comment

Hiburan : Gunting [Malay telemovie with English subtitles]

No comments
(Hiburan)





Telemovie : Gunting


Ia dibintangi Hisyam Hamid, Taufik Batisah, J.A. Halim, Yuslina Yussof, Najib Soiman, Shane Mardjuki dan Adlina Adil.

Bukan sekadar cerita tentang Gunting Rambut. Tapi 'indirectly' menceritakan dasar Kerajaan Singapura secara 'in movie'

P/S : Walaupun cerita ini Made in Singapore. Saya suka pengajarannya.

#GuntingRambut #GuntingTheMovie #MadeInSingapore

No comments :

Post a Comment

Admin : We're Back

No comments
(Admin)



Kami kembali. Doakan HAYAT KAMI panjang

No comments :

Post a Comment