Larangan Terbang ke Korea Utara. Perlawanan Malaysia vs Korea Utara Ditangguhkan Lagi

No comments
28 SEPT: Kerajaan mengambil keputusan melarang rakyat negara ini ke Korea Utara ekoran ketegangan yang memuncak di rantau itu susulan ujian peluru berpandu yang dijalankan, baru-baru ini.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, larangan itu dikeluarkan susulan ketegangan yang semakin meningkat susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara.
Katanya, larangan perjalanan itu akan disemak semula selepas situasi di negara itu kembali normal.
Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh hubungi Kementerian Luar di talian +603-80008000 (waktu bekerja) atau +603-88874570 (selepas waktu bekerja)," kata kenyataan itu, hari ini.

Ekoran larangan itu,Skuad Harimau Malaya tidak akan ke Pyongyang, Korea Utara Selasa depan selepas menerima arahan terbaru larangan perjalanan ke republik itu daripada kerajaan Malaysia. 

Berikutan itu Persekutuan Bola Sepak Asia AFC menangguhkan perlawanan kelayakan kumpulan B Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober 2017.


No comments :

Post a Comment

KAFA dapat Bos Baru, seorang WANITA (Bibi Ramjani Ilias Khan)

1 comment
Usahawan wanita, Bibi Ramjani Ilias Khan diumumkan sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63.
Bibi Ramjani memperoleh sebanyak 32 undi sekali gus menewaskan Muhammad Nasir yang juga Naib Presiden KAFA memperoleh 19 undi.
Kemenangan itu menyaksikan Bibi Ramjani mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama menjawat jawatan sebagai Presiden KAFA.
Proses pengundian terpaksa dilakukan dua kali selepas jumlah undi diperolehi Bibi Ramjani pada kali pertama sebanyak 32 undi iaitu tidak memenuhi kehendak perlembagaan persatuan yang memerlukan undian majoriti 35 untuk jawatan Presiden.
Bagaimanapun, keputusan pengundian kali kedua membabitkan 52 wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) muktamad memilih Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.
Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah pada sidang media memaklumkan proses pengundian berakhir jam 6 petang.

1 comment :

Post a Comment

Morten Frost Angkat Kaki dari BAM

No comments
Ketika pengganti Dato Lee Choong Wei masih belum ditemui, Morten Frost pula angkat kaki dari BAM.


Morten Frost meletak jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Legenda Denmark itu disahkan telah menghantar surat peletakan jawatannya pada 11 September lalu atas sebab peribadi.

"Morten telah letak jawatan. Kami menerima keputusannya.
"Kami menyelesaikannya dengan cara baik. Kami berterima kasih di atas apa yang telah dilakukannya dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CNT).

Menurut Norza, jurulatih berusia 59 tahun dari Denmark itu menyerahkan surat peletakan jawatan pada Isnin (11 September), dengan menyatakan alasan masalah peribadi.

Frost menyertai Malaysia pada 2015 dan kontraknya hanya akan tamat pada 2021. Namun beliau dilaporkan tertekan susulan prestasi hambar skuad negara tahun ini.

No comments :

Post a Comment

Abang Allahyarham Ustaz Yusuf (Warden DQ Ittifaqiyah) maafkan pesalah

No comments
“KAMI sudah memaafkan mereka dan sekiranya diberi peluang saya ingin berjumpa tujuh remaja itu namun bukan untuk memarahi mereka sebaliknya untuk memberi nasihat.”
Begitulah kata Nor Azam Md, 42, abang kepada Warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Yusuf Md, 26, yang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz itu, Khamis lalu.
Menurut Nor Azam, dia mendapat tahu berita penahanan tujuh remaja itu melalui media sosial sebelum memperoleh kepastian melalui sidang media diadakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, semalam.
Katanya, dia sudah mengesyaki berlakunya perbuatan khianat dalam kejadian itu ketika melawat lokasi kejadian namun tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
"Perasaan syak saya akhirnya terjawab dengan berita penahanan tujuh remaja itu dan bagi saya serta ahli keluarga sudah memaafkan remaja itu kerana mungkin mereka hanya hendak menakutkan serta gertak sahaja.
"Saya rasa mereka tiada ada niat untuk melakukan perkara itu sampai ke tahap ini namun mereka tersilap langkah dan saya selaku waris memaafkan mereka serta berharap dijadikan pengajaran kepada remaja yang lain.
"Jika diberi peluang berjumpa dengan remaja terbabit ,saya ingin berjumpa mereka untuk memberi nasihat kepada mereka bukannya untuk memarahi mereka kerana mereka belum lagi matang dalam membuat keputusan," katanya ketika ditemui selepas majlis tahlil di rumah ibunya, Saadiah Othman, 64, di FELDA Besout 4, Sungkai, hari ini.
Sumber : HMETRO
Admin : Moga ALLAH mengurniakan keampunan dan darjah tertinggi kepada semua mangsa. ALFATIHAH

No comments :

Post a Comment

Warga Besout 4 selamat dikebumikan (Mangsa Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah)

No comments
JENAZAH Allahyarham Mohd Yusuf Md, 26, tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang terkorban dalam tragedi kebakaran awal pagi semalam selamat dikebumikan di kampung halamannya di Felda Gunung Besout 4, Sungkai jam 9.45 malam tadi.

Foto : HMetro

Solat jenazah diimamkan abang ipar arwah sendiri, Khairul Fahmi Daud yang turut membaca bacaan talkin dan doa sehingga pengebumian selesai.

Keluarga dan penduduk setempat menanti ketibaan jenazah sejak petang lagi dan sebaik tiba jam 8.40 malam diiringi beberapa ahli keluarga terdekat termasuk ibunya Saadiah Othman, 62, jenazah Mohd Yusuf terus dibawa ke Masjid Assalamuddin Felda Gunung Besout 4 untuk disembahyangkan.
Difahamkan van yang membawa jenazah dengan diiringi beberapa ahli keluarga bertolak dari Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 6 petang tadi selepas selesai proses bedah siasat, padanan DNA serta pengecaman sebelum dimandi, dikafan dan disembahyangkan di hospital berkenaan bersama 22 jenazah lain yang turut terkorban dalam tragedi itu.

Selepas selesai disembahyangkan sekali lagi di sini oleh kira-kira 300 jemaah termasuk ahli keluarga dan penduduk setempat, jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Felda Gunung Besout 4 untuk dikebumikan.
Allahyarham Ustaz Mohd Yusuf
Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur jam 5.15 pagi semalam mengorbankan nyawa 21 pelajar dan dua tenaga pengajar termasuk arwah Mohd Yusuf yang juga warden dan sudah bersama pusat tahfiz berkenaan sejak berusia 15 tahun.

No comments :

Post a Comment

Akaun Sebenar DARUL QURAN ITTIFAQIYAH Yang Terbakar

No comments
Masyarakat sudah sedia maklum tentang kebakaran yang berlaku di Darul Quran Ittifaqiyah.
Walau apa pun punca/khabar angin/spekulasi, biarkan pihak berkuasa menyiasat.

Di atas adalah No Akaun Sebenar milik DARUL QURAN ITTIFAQIYAH. Jika ada sumbangan yang ingin dihulurkan, boleh terus bank in ke akaun berkenaan. Mereka TIDAK MEMINTA SUMBANGAN, tapi inilah tanda KEBERSAMAAN kita di atas musibah ini.

Berita Berkaitan : TPM tawar diri ketuai jawatankuasa khas

No comments :

Post a Comment

Senarai Agensi Pengelola Umrah Yang Berdaftar Dengan Kerajaan Arab Saudi

No comments
Berikut adalah agensi - agensi pengelola umrah yang berdaftar dengan Kerajaan Arab Saudi
(Updated : Mei 2017)


  1. CANTUMAS TRAVEL & TOURS SDN BHD
  2. TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
  3. UTAS TRAVEL & TOURS SDN BHD
  4. BATUTA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  5. KSB TRAVEL & TOURS SDN BHD
  6. RAYHAR TRAVELS SDN BHD
  7. C.S HOLIDAYS SDN BHD
  8. YHA TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD
  9. FELCRA TRAVELS AND TOURS SDN BHD
  10. TRIWAYS OMEGA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  11. DERAZ TRAVEL & RESORT SDN BHD
  12. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN BHD
  13. FELDA TRAVEL SDN BHD
  14. FALCON TRAVEL & TOURS SDN BHD
  15. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  16. RAKYAT TRAVEL SDN BHD
  17. WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  18. BAHRULMAZI TRAVEL & TOURS SDN BHD
  19. MISBAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
  20. AN-NAJWA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  21. DEMAK TRAVEL SDN BHD
  22. TIRAM TRAVEL SDN BHD
  23. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
  24. AL-NILE TOUR & TRAVEL SDN BHD
  25. UMH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
  26. IMTIYAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
  27. UC TRAVEL SDN BHD
  28. TM TOURS & TRAVEL SDN BHD
  29. ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD
  30. AL-RAHALA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  31. JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  32. KOPETRO TRAVEL & TOURS
  33. PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURS SDN BHD
  34. TRIWAYS TRAVEL NETWORK (M) SDN BHD
  35. ELAF SHAHIDAH TRAVEL SDN BHD
  36. DINAR HOLIDAYS SDN BHD
  37. TOUCH ME TRAVEL & TOURS SDN BHD
  38. JAGONG MAS TRAVEL SDN BHD
  39. MADINAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
  40. NAT TOUR SDN BHD
  41. EDARAN TRAVEL & TOURS SDN BHD
  42. POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD
  43. SYAZA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  44. RIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  45. ADAM HOLIDAY TRAVEL SDN BHD
  46. M R TRAVEL & SERVICES SDN BHD
  47. ZUSB WORLD TRAVEL SDN BHD
  48. MKM TICKETING TARVEL & TOURS SDN BHD
  49. HM GLOBAL CHARTER TRAVEL SDN BHD
  50. REY-Z TRAVEL SERVICES SDN BHD
  51. ALQUDS TRAVEL SDN BHD
  52. LINTAS TRAVEL SERVICES SDN BHD
  53. INTERLEISURE & EVENT MANAGEMENT SDN BHD
  54. ARRAYYAN TRAVEL SERVICES SDN.BHD
  55. AL FURQAN TRAVEL & TOURS SDN BHD
  56. FA IZIN INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN
  57. MULTAQA AL-IMAN TRAVEL
  58. TRI - D TRAVEL
  59. EPL TRAVEL AND TOURS SDN BHD
  60. RED SEA TRAVEL
  61. AL ZAHABI TRAVEL SDN BHD
  62. AZ ZUHA GROUP TRAVEL&TOURS SDN BHD
  63. ALWASAYET TRAVEL & TOURS UMRAH SERVICES SDN BHD
  64. KOTA MAS TRAVEL TOURS
  65. TRADEWINDS TRAVEL SERVICES SDN BHD
  66. GLOCAL TRAVEL TOURS SDN BHD
  67. IMG TRAVEL AND TOURS SDN BHD
  68. MAQBUL TRAVEL AND TOURS

No comments :

Post a Comment

Petua Moden Ubati Kayap

No comments
Apa itu KAYAP?

Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zosterPunca penyakit kulit dan saraf ini terjadi adalah disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV) yang menyebabkan timbulnya ruam di permukaan kulit yang amat pedih dan muncul juga kelepuhan pada bahagian tertentu tubuh.


Ada 2 golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh kuman VZV ini. Kedua-dua golongan ini mempunyai daya ketahanan sistem imun yang rendah.
  1. Golongan yang lebih berusia iaitu umur lebih daripada 50 tahun. Semakin berusia, tanpa pengambilan supplemen seperti vitalea, sistem imun akan semakin berkurangan.
  2. Sistem pertahanan badan yang lemah 

Pencetus penyakit kayap ini adalah apabila virus VZV ini diaktifkan. Sebenarnya, virus ini sudah berada dalam tubuh apabila seseorang itu mengalami penyakit cacar air atau chickenpox. Setelah cacar air ini sembuh, virus tersebut berhibernasi dalam pusat saraf dan akan mula menyerang apabila sistem imun berkeadaan lemah. Ia akan menyerang urat saraf sehingga menyebabkan radang saraf.
Petua Moden Ubati Kayap (Yang Admin sendiri buat)
  • Pergi hospital. Dapatkan rawatan segera. Diagnosisnya adalah
  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac
  3. Menggunakan ubat neuroaktif dan antiviral
  • Minum air alkali (air zamzam, air kangen  atau air alkali buat sendiri)
  • Sembur air berasid 2.5 (bertindak seperti antiseptic) ke atas permukaan kulit yang kena kayap
  • Ambil supplement yang perlu (berhubung dengan pakar kesihatan anda). Admin ambil Vitamin C & B Complex.
  • Jaga kesihatan dan kebersihan kulit (Jangan berkongsi tuala, jangan garu di tempat jangkitan)
  • Berdoa

No comments :

Post a Comment

5 Juta Tempat Duduk Daripada AIRASIA

No comments
Sejumlah 5 juta tempat duduk ditawarkan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 11 hingga 17 September bagi perjalanan antara 1 Mac 2018 dan 21 November 2018.



AirAsia dalam kenyataan berkata, orang ramai boleh menikmati tambang serendah RM0 ke destinasi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Brunei, Lombok, Shantou, Kolkata, Phnom Penh, Pattaya, Davao dan banyak lagi menerusi penerbangan AirAsia (AK), selain mulai RM199 dari Kuala Lumpur ke  Taipei, Shanghai, Sydney dan lain-lain bagi penerbangan AirAsia X  (D7).

Penumpang yang menggunakan AirAsia X juga boleh melalui pengalaman menggunakan Premium Platbed  yang pernah memenangi anugerah, mulai RM699 dari Kuala Lumpur ke Perth, Seoul, Osaka, Taipei dan destinasi lain.

BIG Members boleh menikmati mata keutamaan dan boleh membuat tempahan di airasia.com dan menebus penerbangan bermula dari 0 BIG Points, secara eksklusif menerusi aplikasi mudah alih BIG Loyalty mulai Ahad.

“AirAsia akan terus menambah penerbangan ke lebih banyak destinasi, menjadikan perjalanan lebih mudah. 

Kami mahu pengguna kami dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan kekerapan kami yang tiada tandingannya ke tempat baharu dan sedia ada dan untuk itu kami menawarkan sehingga lima juta tempat duduk promosi dalam kempen Tempat Duduk Percuma terbesar yang pernah diadakan bagi membantu mereka melakukan perjalanan,” kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh.-- Bernama

No comments :

Post a Comment

Kamera AES : Dilanggar dan Dicuri

No comments
Fungsi kamera AES merakam sebarang kejadian yang berlaku di jalan raya. Malangnya kali ini Kamera AES telah dilanggar dan dicuri.


TANGKAK 10 Sept. - Sebuah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara tumbang dipercayai akibat unsur khianat.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, kejadian itu disedari pada pukul 9.35 pagi ini oleh pekerja syarikat penyelenggara peralatan terbabit di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati tiang kamera AES terbabit telah tumbang dan peralatan-peralatan di dalam alat terbabit dipercayai dicuri.


"Sehingga kini, polis masih mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan khianat tersebut dan dipercayai ia mungkin dilakukan pada waktu malam," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi

No comments :

Post a Comment

Jambatan Sultan Yusuf MASIH LAGI DITUTUP

No comments
Menurut satu kenyataan daripada Jabatan Kerja Raya, Jambatan Sultan Yusuf yang menghubungkan Teluk Intan dan Manjung masih lagi DITUTUP bagi tujuan penyelenggaraan.
KENYATAAN MEDIA JABATAN KERJA RAYA LANJUTAN PENUTUPAN JAMBATAN SULTAN YUSUF DI FT005 SABAK BERNAM - SITIAWAN, PERAK

Dukacita dimaklumkan bahawa Jambatan Sultan Yusuf di FT005 terpaksa dilanjutkan penutupannya berikutan penemuan kecacatan serius yang boleh mengkompromi integriti struktur dan menjejaskan keselamatanjambatan berkenaan.
Penutupan ini dijangka berlanjutan selama empat (4) bulan untuk membolehkan kerja-kerja memperkukuhkan jambatan dijalankan. Pengguna adalah dinasihat menggunakan laluan alternatif sepertimana ditunjukkan di dalam rajah berkembar bersama Kenyataan Media Jabatan Kerja Raya.
Kami amat mengesali kesukaran yang terpaksa dialami oleh pengguna-pengguna jalan raya akibat dari kerja-kerja yang terpaksa dilaksanakan ini demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
Harap patuhi arahan di papan-papantanda keselamatan yang sedia terpasang di tapak bina.
Untuk sebarang makluman lanjutan, bolehlah merujuk kepada Pejabat Jurutera Daerah Hilir Perak di talian: 05-6221166, fax: 05-6214590; maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui Facebook: JKR Hilir Perak atau Twitter@JKR_HilirPerak atau JKR Perak atau Twitter@JKR Perak
Harap maklum.
Keselamatan anda adalah tanggungjawab kami.


No comments :

Post a Comment

Selepas 7 Hari, Tren MMSL tamat operasi

No comments
MEKAH: Selepas tujuh hari beroperasi sejak 29 Ogos lalu dan membawa kira-kira 1.5 juta penumpang yang terdiri daripada jemaah haji, tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) pada Isnin menamatkan perkhidmatannya seiring dengan berakhirnya musim haji tahun ini.



Ia sekali gus menandakan perkhidmatan tren itu akan 'berehat' panjang dan hanya akan beroperasi semula pada musim haji akan datang.

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) yang mengendalikan operasi tren itu sejak 2015 sekali lagi berjaya mempamerkan prestasi cemerlang menguruskan pengangkutan tersebut yang diiktiraf sebagai perkhidmatan tren paling sibuk dan terpadat.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management  and  Engineering Services (PRIME), (anak syarikat Prasarana yang mengendalikan MMMSL), Masnizam Hisham berkata pengendalian operasi pada tahun ini berjaya mencatatkan 112 peratus kadar pergerakan tren meningkat berbanding 110 peratus yang dicatatkan tahun lalu.

"Walaupun Prasarana berhadapan cabaran keadaan cuaca panas dan pertambahan jumlah penumpang berbanding tahun lepas, tetapi dalam masa tujuh hari beroperasi MMMSL berjaya membawa 1.5 juta penumpang, meningkat berbanding kira-kira 1.1 juta penumpang tahun lalu.

"Daripada maklumat yang kita terima daripada media-media Arab Saudi dan penumpang sendiri, ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," katanya kepada media Malaysia selepas melepaskan tren MMMSL terakhir di Stesen Jamarat (Mina 3) di sini pada Isnin.

Katanya operasi kali ini juga mendapat maklum balas positif daripada pihak berkuasa Arab Saudi termasuk Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam (PTA) negara itu yang merakamkan penghargaan kepada Prasarana kerana berjaya melicinkan pergerakan jemaah haji.


"Presiden PTA, Dr Rumaiah al-Rumaiah sangat berpuas hati, malah semasa datang melawat operasi MMMSL, beliau melahirkan keyakinan dengan kebolehan yang kita ada dan Alhamdulillah Prasarana telah membuktikan bahawa kita mampu melakukan lebih baik daripada tahun lepas," katanya.

Ditanya sama ada Prasarana telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi untuk menyambung kontrak pengendalian operasi MMMSL, Masnizam berkata perkara itu akan dimaklumkan kemudian dan buat masa ini Prasarana mahu menumpukan kepada baki tempoh kontrak sedia ada. - Bernama

No comments :

Post a Comment

Orang Parit Perak dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke 11

No comments
Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke-11 yang baru.


Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.

Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya pada masa itu, Tan Sri Mohd. Bakri Zinin bersara wajib.

Majlis serah terima tugas, diikuti penyerahan tongkat kuasa diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Pasukan Polis memutuskan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim kekal sebagai Timbalan Ketua Polis dengan penjawatan baru dinaikkan kepada Turus 3.

Katanya, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik ke jawatan Pengarah Cawangan Khas.

Turut dilaksanakan, pada ini ialah majlis penyerahan jawatan Pengerusi PERKAP Malaysia, antara Puan Sri Imran Ibrahim dan Datin Seri Azizah Hamdi.

Khalid bersara selepas 40 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia.


No comments :

Post a Comment