Viral : 4 September 2017 Cuti??

No comments
Tersebar di Internet, bahawa ada kemungkinan 4 September cuti


Menurut gambar ini, notis daripada Bank Negara kepada netizen supaya merancang pengeluaran wang di ATM rentetan daripada cuti yang panjang daripada 31 Ogos - 4 September.

31 Ogos : Cuti Merdeka
1 Sept : Raya Haji
2 -3 Sept : Weekend (Sabtu/Ahad)
4 Sept : Kemungkinan cuti peristiwa Sukan Sea

Jika benar, sila rancang 'cash withdrawals' terutama menjelang Raya Haji ini.

No comments :

Post a Comment

Sukan Sea 2017: Haziq Naqli beri gol kemenangan kepada Thailand

No comments
Thailand kekal Pemenang Emas bagi Sukan Bola Sepak di Sukan Sea 2017


Hajat skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara untuk mengulangi pencapaian memenangi pingat emas temasya Sukan SEA 2011 tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada Thailand pada final di Stadium Shah Alam, malam tadi.


Thailand terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-39 apabila penjaga gol Malaysia, Haziq Nadzli melakukan kesilapan tertumbuk bola sepakan sudut Sasalak Haiprakhon ke gawang sendiri.

Lapan minit selepas bersambung babak kedua, Adam menjadi penyelamat pintu gawang Malaysia daripada dibolosi buat kali kedua apabila kuisannya berjaya menyelamatkan percubaan jarak dekat Worachit Kanitsribumphen ketika Haziq sudah keluar dari posisi.
Anak buah Kim Swee dilihat menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan dengan beberapa gerakan dan peluang terbaik mereka muncul pada minit ke-78 menerusi rembatan Syazwan Andik Mohd Ishak yang sedikit tersasar di penjuru kiri pintu gol.
Biarpun bertungkus lumus mencari gol penyamaan, namun Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan apabila gagal memecahkan kebuntuan jaringan hingga wisel penamat.
Jangan salahkan Haziq

Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee enggan menyalahkan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli yang menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan dan pingat emas buat Thailand pada final Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi


"Ia situasi sukar buat Haziq, dan kesilapan itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemain. Kita tak boleh menyalahkan dia, dia masih muda dan masih belajar lagi," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
Kekalahan itu seakan mengulangi tragedi 2001 di mana Malaysia tewas dengan keputusan sama apabila kesilapan penjaga gol Kamaruzaman Hassan menghadiahkan kemenangan buat skuad Gajah Perang di venue yang sama.
Malah kegagalan memenangi ibu segala emas itu meneruskan penantian Malaysia selepas kali terakhir skuad kendalian Kim Swee muncul juara di Jakarta 2011.
Meskipun Thailand memperlihatkan penguasaan pada babak pertama, mereka masih sukar untuk menembusi gawang pasukan tuan rumah sehinggalah kesilapan Haziq ketika cuba menumbuk keluar bola sepakan sudut Sasalak Haiprakhon.
Gol sendiri itu sudah cukup memalit derita buat anak buah Kim Swee yang cuba bangkit pada separuh masa kedua, namun sukar untuk menembusi benteng Thailand.

No comments :

Post a Comment

Sukan Sea 2017 : KJ dan kawan-kawan menang emas

No comments
Skuad Ekuestrian Polo Negara menepati ramalan apabila menang emas selepas merakam kemenangan tipis ke atas Thailand 9-8 dalam aksi final Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Ekuestrian Putrajaya, hari ini.




Skuad Malaysia diketuai Shaik Reismann Mohamed Ismail bermula garang melakukan serangan bertali arus ke kubu Thailand sebaik sahaja perlawanan dimulakan.
Usaha skuad Malaysia membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan tiga gol menerusi Mohd Zulhelmie Nadzar, Abdul Rashid Hasnan dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman pada chakka pertama, manakala Thailand memperoleh satu gol menerusi Nattapong Pratumlee.
Pasukan Malaysia menambah satu lagi gol sebelum Thailand cuba bangkit dengan menyamakan kedudukan menjadi 4-4 pada Chakka kedua.
Skuad kebangsaan bangkit menambah tiga lagi gol membolehkan Malaysia mendahului Thailand 7-4 pada Chakka ketiga.
Kedua-dua pasukan berbalas serangan sehingga Malaysia mencapai kemenangan tipis 9-8 menewaskan Thailand selepas tamat perlawanan pada Chakka keempat.
Khairy gembira kejayaan itu sedikit sebanyak menyumbang sedikit usaha membantu Malaysia merangkul pingat emas dalam acara polo.
“Sebelum ini saya meletakkan sasaran bahawa acara polo akan menyumbangkan satu pingat emas di KL2017.
“Saya dapat merasai perasaan berbeza apabila dikalungkan pingat emas oleh Sultan Selangor. Saya berharap kontinjen Malaysia dapat mengekalkan momentum untuk memungut sebanyak mungkin pingat emas,” katanya.
Sumber : BH

No comments :

Post a Comment

Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan masih ditutup

No comments
Jambatan Sultan Yusuf yang menghubungkan Teluk Intan dan Sitiawan di Kilometer 8, Jalan Maharaja Lela di sini yang sepatutnya dibuka pada 28 Ogos masih ditutup untuk kerja penyenggaraan hingga tarikh yang akan diberitahu kelak.


Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, penutupan itu dibuat bagi kerja-kerja penyenggaraan komponen  jambatan yang masih lagi diteruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama pihak kontraktor.

Menurut beliau, papan tanda jalan alternatif telah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005) manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felcra Changkat Lada (A266)
Sehubungan itu, beliau meminta pengguna supaya terus bersabar dan mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yang telah disediakan di jalan-jalan yang terlibat.
Katanya, JKR akan membuat keputusan selepas mendapat laporan dan pandangan daripada pihak forensik sama ada untuk memperbaiki keadaan dengan menutup keseluruhan jambatan ataupun penutupan satu lorong sahaja.

No comments :

Post a Comment

Sukan Sea 2017 : Pingat 111 dari The Pocket Rocket Man..

No comments
Azizulhasni Awang menyumbang pingat emas ke-111 itu selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Veldrom Nasional di Nilai, malam tadi.


Tuan rumah Malaysia berjaya mencapai sasaran 111 pingat emas yang ditetapkan untuk temasya edisi ke-29 itu.
Juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang menyumbang pingat emas ke-111 itu selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Veldrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan, malam tadi.
Foto Iqmal Haqim Rosman
Dengan dua hari temasya akan melabuhkan tirainya, tinggal 67 emas saja lagi menjadi taruhan dan mustahil bagi mana-mana negara lain untuk memintas kedudukan Malaysia setakat ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini meletakkan sasaran 111 pingat emas yang mana menyamai pungutan emas keseluruhan yang diperoleh kontinjen negara ketika kali terakhir muncul juara keseluruhan pada tahun 2011.
Kontinjen negara menghantar 844 atlet bagi muncul kontinjen terbesar dalam temasya kali ini yang mempertaruhkan 404 pingat emas keseluruhan.
Terdahulu, Fatehah Mustapa menghadiahkan pingat emas ke-110 apabila menundukkan rakan senegara, Farina Shawati Mohd Adnan dalam kedua-dua pusingan final acara pecut wanita.

No comments :

Post a Comment

Jambatan Sultan Yusuf ditutup lebih lama??

No comments
Menurut Muslia Haikal, Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan  mungkin ditutup lebih lama.

Dikatakan posting ini sudah didelete

Dikhabarkan kerosakan adalah lebih teruk dari jangkaan sehingga memerlukan kepakaran dari Korea. Moga khabar ini tidak benar atau tidak teruk seperti dikhabarkan.


No comments :

Post a Comment

Ustaz keliru tentang INSURANS & TAKAFUL?

No comments
Tak salah untuk memberi pendapat tentang Insurans & Takaful. Tapi biarlah pendapat itu didasari ILMU

Mungkin Ini DRAF. Sudah Didelete

Maksud Insurans : 
Adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Maksud Takaful :
pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan. 

Adalah malang apabila seorang ustaz yang mungkin keliru antara INSURANS & TAKAFUL. Yang lagi malang, beliau seolah menyamakan antara INSURANS & TAKAFUL.
Mengikut siasatan : STATUS ini sudah didelete. Mungkin beliau sedar beliau Terkhilaf.

No comments :

Post a Comment

Sukan Sea : N Thanabalan Hero Baru Skuad Bola Sepak B22

No comments
N Thanabalan Hero Baru Skuad Bola Sepak B22 Sukan Sea 2017.

Datang dengan reputasi dua gol ketika membantu skuad bawah 23 negara (B-23) mara ke pusingan akhir dalam kempen Kelayakan Kejohanan Bawah 23 (B-23) AFC di Bangkok bulan lalu.

Dalam Sukan Sea 2017, beliau hadir sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi Kumpulan A.

Kini, ketika Malaysia menewaskan Myanmar, beliau mencetak 2 gol pula. Satu gol menggunakan lutut, satu lagi gol melalui kepala.

Detik Kemenangan 3-1 ke atas Myanmar

Sebelum permainan, beliau berharap akan diturunkan ketika berjumpa Myanmar. 
Malah beliau berkata ayahnya S Nadarajah yang lumpuh daripada dada ke bawah, menonton siaran langsung perlawanan di televisyen dan mengucapkan tahniah kepadanya menerusi telefon selepas perlawanan.

.

Sedikit latar belakang N Thanabalan

Nama Penuh : N Thanabalan
Lahir : 25 February 1995 
Posisi : ST / RW/ LW
Pasukan : N Sembilan
Kelab : Felcra FC (Dipinjamkan)
Jaringan  domestik : 4 Gol (2017)
Jaringan skuad muda negara : 9 gol (sehingga perlawanan menentang Myanmar)

No comments :

Post a Comment

Politik : Haji Hadi suruh ORANG MELAYU tolak Pakatan Pembangkang?

No comments
Permuafakatan antara PAS dan UMNO adalah atas konsep 'taawun' iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


"Pendirian saya sama dengan pendirian PAS dan Majlis Syura Ulama. Bekerjasama atas konsep taawun dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan.

"Pendirian saya sama dengan pendirian PAS dan Majlis Syura Ulama. Bekerjasama atas konsep taawun dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan.

=========================================
Admin : Pas sekarang bukan ke Pembangkang? Atau blok ke 3, dah jadi Mesra Kerajaan?

No comments :

Post a Comment

Sukan Sea 2017 : An Najwa pemusnah...

No comments
RAUT wajah yang manis, susuk tubuh tinggi lampai melengkapkan pakej An Najwa Azizan sebagai pemain bola jaring terbaik negara

Foto : HMETRO

NAMA An Najwa Azizan tiba-tiba menjadi sebutan hari ini selepas kejayaan skuad bola jaring negara menamatkan kemarau 16 tahun pingat emas di Sukan SEA.

Sedikit Info tentang An Najwa Azizan




Soal - Jawab Bersama An Najwa
  • Lahir pada 9 Ogos 1997 dan  anak keempat dari lima beradik.
  • Mewarisi bakat bersukan daripada bapanya, Azizan Azmi, yang merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan.
  • Tinggi 178 sentimeter (5'10 inci).
  • Mula berjinak-jinak dengan bola jaring pada usia 13 tahun.
  • Sebelum menceburi sukan bola jaring, An Najwa terlebih dahulu terbabit dalam sukan olahraga, khususnya acara lompat jauh.
  • 43 kaps bersama skuad kebangsaan sejak 2013.
  • Dipilih sebagai MVP (Most Valuable Player) ketika pasukan negara muncul JUARA Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu.
  • Ditanya rahsia berjaya menghasilkan gol setiap kali memegang bola, katanya "Saya tidak fikirkan perkara lain. Saya hanya fokus mahu masukkan bola ke dalam jaring".
Detik-detik kemenangan Skuad Bola Jaring pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

No comments :

Post a Comment

Sukan Sea 2017: Satu Pingat, Satu Pokok

No comments
Keunikan Sukan Sea 2017 kali ini datang dengan SATU PINGAT, SATU POKOK


Buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN, Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) menyemarakkan inisiatif hijau dengan melancarkan program Satu Pingat, Satu Pokok di Bandar Sukan Kuala Lumpur.

Khairy berkata, keseluruhan 5,249 pokok akan ditanam di bawah inisiatif ini iaitu jumlah medal yang akan dihadiahkan kepada setiap atlet sepanjang temasya kali ini.

"Tujuan kita menanam pokok secara besar-besaran di bawah inisiatif hijau adalah untuk mengimbangi karbon yang dilepaskan sepanjang temasya ini," katanya.
Setiap pemenang akan diberi satu anak pokok ketika penyampaian hadiah pingat di podium berbanding penyampaian jambak bunga seperti kelazimannya.
Sumber : BHARIAN

No comments :

Post a Comment

Sultan Mizan Sultan Pertama menang Pingat Emas Sukan Sea

No comments
DYMM Sultan Mizan tercatat dalam sejarah sebagai Sultan pertama menyertai Sukan Sea& yang pertama memenagi pingat emas

Sumber : HARIAN METRO


KEPUTUSAN Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ternyata berbaloi apabila meraih pingat emas dalam acara endurance berpasukan dan individu dalam aksi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Setiu, sebentar tadi.

Baginda memenangi emas acara berpasukan bersama rakan sepasukan iaitu Mohd Faris Syafiq dan Mohammad Fuad Hashim.
“Kami bekerja rapat, bergerak bersama dan strategi kami menjadi. Sekalipun ia perlumbaan yang panjang, ia tidak menjemukan atau meletihkan,” titah baginda.
“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada semua tidak kira jurulatih, pengendali kuda, pakar veterinar, pegawai dan kerajaan negeri kerana membantu kami mencapai sasaran dan bekerja tanpa jemu bagi memastikan kejayaan serta kelancaran perlumbaan ini,” titahnya.

Sumber : ASTRO AWANI, HMETRO

No comments :

Post a Comment

(Video) Ku Nan kata Rakyat Selangor Gila?

No comments
Apa pendapat Rakyat Selangor apabila dikatakan oleh Ku Nan bahawa Rakyat Selangor GILA?


Kata Tengku Adnan, ahli dan pemimpin Umno Selangor perlu mencari punca kekalahan dan jalan mendekati rakyat supaya kembali menyokong BN.

Beliau yang juga setiausaha agung Umno berkata, pembangunan yang dinikmati rakyat Selangor kini hasll usaha dan penat lelah Umno dan BN, sekali gus ia tidak boleh diserahkan kepada pembangkang begitu sahaja.
Katanya, ahli dan pemimpin Umno Selangor perlu mencari punca kekalahan serta mencari jalan mendekati rakyat supaya kembali menyokong BN.
“Lepas bangunkan, senang-senang nak bagi kepada pembangkang? Kita punya lah ‘reserve’ berbilion-bilion.”
Beliau seterusnya bertanya: “Selangor ni gila ke apa?”
“Saya cuma bagi tahu apa yang saya rasa,” kata beliau, yang juga setiausaha agung BN, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Petaling Jaya Utara hari ini.


Sumber : Astro Awani

No comments :

Post a Comment

Islam / Haji : Lokasi Bangunan Penginapan Jemaah Haji (BHJP) Makkah 1438H

No comments
Sebagai panduan, berikut adalah Lokasi Bangunan Penginapan Jemaah Haji (BHJP) Makkah 1438


Untuk rekod , penerbangan pertama adalah pada 24 Julai 2017 dengan jumlah keseluruhan Jemaah Haji tahun 1438 adalah sekitar 30,200 orang.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata aspek penginapan perlu ditambah baik dan diberi keutamaan selepas Malaysia memperoleh kebenaran menambah 7,880 jemaah daripada kuota 22,320 orang yang biasa diberikan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.

Untuk itu, TH telah menyediakan sebanyak 23 tempat penginapan di Makkah dan 11 penginapan di Madinah

No comments :

Post a Comment

Teknologi : Mesin Buat Karipap. 2 minit, 10 biji siap

No comments
Kini anda boleh membuat karipap dengan lebih mudah.
Sekali lipat 10 siap




Dengan mesin yang dihasilkan oleh Iz Metal&Electrical Industry, anda boleh melipat karipap sebanyak 10 unit tak sampai 2 minit.


Moga dengan teknologi ini, lagi mudah kita memasarkan karipap ke peringkat antarabangsa.
Tapi jangan ada pula yang claim karipap ini 'datang dari negara dia pula'

No comments :

Post a Comment

Dunia : 80 Negara Tanpa VISA untuk ke QATAR

No comments

Walaupun menghadapi pemulauan daripada beberapa negara LIGA ARAB, Negara Qatar menerusi kenyataan pegawai jabatan pelancongan, Hassan al-Ibrahim "Skim pengecualian visa akan menjadikan Qatar negara paling terbuka di rantau ini" kepada sidang akhbar di Doha, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP



Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Mohamed Rashed al-Mazroui, berkata rakyat 80 negara itu cuma perlu menyerahkan pasport sah bagi kemasukan ke negara itu yang bakal menjadi hos Kejohanan Piala Dunia 2022.

Berikut dikabarkan negara-negara yang mendapat pengecualian itu


Rakyat 33 negara akan dibenarkan menetap di negara itu selama 180 hari 

Manakala rakyat dari 47 negara lagi selama 30 hari.


Pengarah syarikat penerbangan Qatar Airways, Akbar al-Baker, berkata syarikatnya yang merancang meluaskan rangkaian ke 62 destinasi baru, akan mendapat manfaat daripada skim itu.


No comments :

Post a Comment

Berita : Harga Petrol / Diesel naik 3 minggu berturut-turut

No comments
Berita : Harga Petrol / Diesel naik 3 minggu berturut-turut


Dikala harga minyak dunia turun, harga di pam minyak tetap menokok sebanyak 1 sen hingga 7 sen per litre.

Kenaikan minggu ini menyebabakan harga petrol/diesel naik selama 3 minggu berturut-turut.

Berikut adalah diagram kenaikan / penurunan harga minyak dari 30 Mac 2017 hingga ke hari ini.


Moga dengan penurunan harga minyak dunia, Malaysia akan mengambil langkah yang sama menurunkan harga minyak pada minggu-minggu mendatang

No comments :

Post a Comment

Kesihatan : Jangan Takut Dengan Kemoterapi

No comments
Jangan Takut Jalani Kemoterapi


SEJAK setengah kurun yang lalu, kemoterapi berperanan dalam usaha mengekang penyakit kanser. Namun, di sebalik jasa dan kepentingan kemoterapi yang agak terkehadapan dalam bidang perubatan, rawatan tersebut tidak lari daripada dimomokkan dengan kepercayaan karut dan salah faham.

Lebih mendukacitakan, hampir kebanyakan daripada kita hakikatnya tidak mempunyai pengetahuan bagaimana ia berfungsi dalam menangani penyakit pembunuh nombor satu itu. 

Perunding Klinikal Onkologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Muhammad Azrif Ahmad Annuar menjelaskan, kebiasaannya pesakit kanser payudara tahap pertama tidak memerlukan kemoterapi. Kemoterapi hanya perlu berpandukan kepada beberapa faktor.


Penentu rawatan kemoterapi kanser payudara dinilai berdasarkan risiko yang dihadapi pesakit, tahap kesihatan tanpa mengambil kira umur dan penyakit lain yang dihidapi pesakit.
Menurut Azrif, daripada 80 peratus pesakit yang bertemu pakar onkologi, 20 peratus membuat keputusan untuk tidak menjalani kemoterapi. Selepas perbincangan, terdapat pesakit yang enggan melakukan kemoterapi dan selesa dengan radioterapi sahaja.
Bagi kanser payudara, kemoterapi perlu dijalankan sebanyak enam sesi untuk setiap tiga minggu. Ia diikuti dengan pemeriksaan semula setiap tiga atau empat bulan bagi tiga tahun pertama, setiap enam bulan untuk empat hingga lima tahun dan sekali setahun selepas lima tahun.
"Kemoterapi merupakan rawatan pilihan. Doktor hanya memberi saranan tetapi keputusan dibuat oleh pesakit selepas mempertimbangkan risiko dan perbincangan dengan keluarga.
"Ada juga pesakit yang berhenti kemoterapi di tengah jalan dan memilih rawatan alternatif  seperti perubatan tradisional atau mengikut kepercayaan agama masing-masing. Selalunya, mereka akan berjumpa doktor semula disebabkan sel kanser kembali agresif," jelas beliau.
Menurut Azrif, pada waktu itu, ia mungkin sudah terlambat untuk membunuh sel-sel kanser secara menyeluruh ekoran rawatan yang tidak lengkap sebelum itu. Jadi, kemoterapi yang diberikan adalah untuk pengawalan, bukan penyembuh. Azrif mengakui selepas menjalani sesi pertama kemoterapi, pesakit mula membiasakan diri meskipun rasa takut masih ada.
Antara punca yang kerap diterima Azrif apabila berdepan pesakit kanser yang enggan menjalani kemoterapi ialah pengaruh cakap orang yang telah terbentuk dalam diri, harapan samar selepas rawatan dan tekanan saat disahkan mendapat kanser itu masih belum hilang.
Rawatan kemoterapi sebenarnya berbeza mengikut jenis kanser.
-----------------------------------------------
Pakar hematologi, Dr. Muhd. Zanapiah Zakaria memberitahu, setiap kemoterapi direka khas untuk kanser tertentu. Jadi, kesan kemoterapi kanser yang berbeza tidak boleh dijadikan perbandingan.
"Hematologi merangkumi kanser darah iaitu leukemia dan kanser limfoma. Terdapat pelbagai jenis leukemia dan kanser limfoma dan setiap jenis mempunyai prosedur kemoterapi yang tersendiri.
"Sebagai contoh, leukimia mieloid akut, ia perlu dilakukan setiap hari selama seminggu. Dalam tempoh tiga minggu, mereka perlu melakukan kemoterapi sekali lagi.
"Sel kanser leukemia ini mengalir dalam darah dan disebabkan itu hanya kemoterapi mampu menghapuskan sel stem yang bermasalah. Hampir 70 peratus pesakit menerima respons positif dari segi penghapusan sel stem selepas kemoterapi.
Jadi, pesakit leukimia disaran melakukan transplan kerana kemungkinan untuk pulih sepenuhnya sangat tinggi sekiranya sel stem bermasalah digantikan dengan yang baharu," jelas Muhd. Zanapiah yang menambah transplan selalunya melibatkan dua kaedah iaitu autologus dan alogeneik.

Menangkis kisah negatif tentang kemoterapi, Muhd. Zanapiah tidak menafikan bahawa kemoterapi mendatangkan kesan sampingan tetapi segala-galanya demi kebaikan pesakit. Doktor melihat kemoterapi sebagai rawatan jangka panjang bagi pesakit kekal pulih yang disasarkan untuk tempoh lima hingga 10 tahun.
"Pesakit perlu berkorban kesakitan dan masa untuk kemoterapi selama enam bulan hingga setahun. Ia memang agak lama tetapi faedahnya pasti datang kemudian. Mereka yang masih ragu-ragu dengan keupayaan kemoterapi disarankan bertanya terus kepada pesakit kanser yang telah sembuh dan bukannya mendengar cerita rawak daripada masyarakat," pesan Muhd. Zanapiah.
------------------------------
Pendapat PENULIS, kepada pesakit KANSER. Jangan takut untuk menjalani prosedur Kemoterapi. Ibu PENULIS sendiri sedang menjalani rawatan Kemoterapi.

Apa yang penting :-
1. Jangan skip rawatan kemoterapi
2. Sokongan keluarga sangat-sangat diperlukan
3. Elakkan mendedahkan pesakit kepada terlalu ramai lawatan bagi mengelak pesakit senang dijangkiti penyakit lain.
4. Ambil supplement yang perlu selepas mendapatkan nasihat doktor.
5. Tidak salah jadi PANDAI pada sakit yang dihadapi TETAPI ELAKKAN MEMANDAI-MANDAI

No comments :

Post a Comment

Automotif : RR 6 & RR9 - Milik DYMM Yang Di-Pertuan Agong

No comments
RR 6 & RR9 Milik DYMM Agong. Manakala RR11 Milik Sultan Selangor


Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, mengesahkan RR6 dan RR9 sah menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan nilai masing-masing RM459,800 dan RM396,980.
Sementara Sultan Selangor pula, katanya memenangi bidaan nombor pendaftaran RR11 dengan nilai RM268,400.
Nilai bidaan bagi RR6 adalah yang tertinggi pernah direkodkan bagi nombor pendaftaran di Perlis.
Keputusan bidaan nombor plat berkenaan ditampal di papan kenyataan di Pejabat JPJ Perlis, selain laman Facebook rasmi jabatan itu bermula jam 8 pagi tadi.

No comments :

Post a Comment

Ekonomi : Terbit bon untuk Bayar Hutang? Teknikal? Kebetulan?

No comments
1MDB : Terbit bon untuk Bayar Hutang? Teknikal? Kebetulan?
Sumber : YB Dato Husam Musa

Suratan atau satu kebetulan.... 

Pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion hari ini oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB lewat semalam bahawa bayaran kepada Ipic akan dibuat pada bulan Ogos ini juga.

Tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos, sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama.

Kod tender bagi bon itu adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman Bank Negara:


GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037. Umur DS Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB.

YB Dato Husam Musa
9 Dzulkaedah 1438/2 Ogos 2017

No comments :

Post a Comment

Adakah Menteri kata bukan satu kesalahan untuk mendedahkan butir-butir kad pengenalan seseorang kepada orang ramai?

No comments
Viral : Kecoh seketika bila mana YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan maklumat peribadi Kad Pengenalan milik Che Det






Tetapi, menurut seorang menteri bahawa tindakan YAB Timbalan Perdana Menteri tidak SALAH.
Nur Jazlan dilaporkan berkata bahawa bukan satu kesalahan bagi sesiapa untuk mendedahkan butir-butir kad pengenalan seseorang kepada orang ramai. 

Katanya, butiran yang terkandung pada IC, termasuk nombor, adalah rekod awam dan dengan itu boleh didedahkan. 

"Butiran IC adalah rekod awam. Semua orang boleh lihat nama dan butiran kita (seperti di IC)... Tidak salah (untuk mendedahkan butiranya)," katanya."

Menurut carian di Jabatan Perlindungan Data Peribadi , Antara data - data yang dilindungi dalam APDP 2010 adalah :-
  • Nama dan alamat
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor pasport
  • Maklumat kesihatan
  • Alamat e-mel
  • Gambar
  • lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
  • Maklumat dalam fail peribadi
  • JUSTERU MANA SATU YANG BENAR?

    No comments :

    Post a Comment

    Ekonomi : 10 tahun 1MDB TIDAK perlu bayar cukai sehingga 2020

    No comments
    Ekonomi : Menteri Kewangan kata 1MDB dan Anak Syarikat Tidak Perlu Bayar Cukai Selama 10 Tahun



    Sumber dari Sinar Harian memberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikat milik penuhnya mendapat pengecualian cukai pendapatan termasuk dividen bagi tempoh 10 tahun mulai 2010.

    Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia selaras dengan Seksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

    "Pengecualian cukai ini juga termasuk cukai keuntungan harta tanah," katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP - Bakri) di Dewan Rakyat.

    Dalam soalannnya, Teck Hwa meminta Menteri Kewangan menyenaraikan pembayaran cukai syarikat, zakat perniagaan dan cukai hartanah yang telah dibayar 1MDB dari 2013 hingga 2017.

    Najib berkata, pengecualian cukai itu bagaimanapun tidak merangkumi anak syarikat lain seperti Edra dan anak syarikatnya yang telah peroleh 1MDB selepas 2010.

    "Selaras dengan ini, pembayaran cukai syarikat di dalam dan di luar negara adalah seperti berikut: 2013 (RM199, 058,000), 2014 (RM212, 911, 000), 2015 (RM259, 168,000), 2016 (tiada - Edra telah dijual pada 2016), 2017 (tiada)," katanya.

    No comments :

    Post a Comment